Penerbitan Suami_Aku_Ustaz_(filem)

Ady Putra mula mengumumkan kejayaan syarikatnya[5] memenangi hak mengadaptasi novel ini di laman Twitternya pada 27 November 2012.[6]Majlis Pelancaran Penggambaran filem ini telah diadakan di Hard Rock Cafe, Melaka pada 26 Mac 2013.Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. [7]Filem ini memulakan pengambaraannya pada 20 April 2013.Filem ini menjalani pengambaraan sepenuhnya di Melaka selama 25 hari.[8][9]Filem ini merupakan arahan bersama Ghaz Abu Bakar dan Ady Putra. Filem ini merupakan filem pertama Ady Putra memegang peranan sebagai pengarah bersama. Ady Putra membuat kajian mengenai novel yang bakal diadaptasinya itu selama enam bulan terlebih dahulu. Namun begitu, dirinya hanya terlibat dalam 20 ke 30 peratus sahaja dari keseluruhan filem. [10]Filem ini turut tidak mengambil seratus peratus jalan cerita dari novel asal.[11] Filem ini menampilkan gandingan teraju utama Ady Putra dan Nora Danish. Kali terakhir pasangan ini digandingkan bersama ialah melalui drama Tentang Dhia pada tahun 2011.[12]