Kontroversi Suami_Aku_Ustaz_(filem)

Filem ini telah dituduh sebagai mempromosikan diskriminasi jantina dan menggalakan pedophilia.[22]June Low, seorang pendidik pendidikan seks, di dalam post Facebooknya mengkritik filem ini sebagai mengalakkkan perkahwinan kanak-kanak.[23] Zan Azlee dari Astro Awani mengatakan filem ini menyokong kegiatan pedophilia.[24] Fa Abdul dari Free Malaysia Today mengatakan filem ini menyampaikan mesej yang salah kepada kanak-kanak.[25] Sisters in Islam dan Women’s Aid Organisation menegaskan bahawa perkahwinan kanak-kanak tidak wajar disokong mahupun digambarkkan sebagai sesuatu yang baik.[26]Latheefa Koya dari Parti Keadilan Rakyat pula menyelar filem ini sebagai menghalalkan perkahwinan bawah umur. Erna Mahyuni dari The Star mengatakan tidak wajar perkahwinan kanak-kanak ini dikritik sebagai kesalahan lelaki sahaja sedangkan turut disokong oleh golongan wanita.[27] Penerbit filem ini, Datuk Wan Mohd Muzri Ramli pula mempertahankan filem ini sebagai salah satu medium untuk menonojolkan perkahwinan itu lebih baik dari seks bebas yang menyumbang kepada kegiatan buang anak. Layanan Ustaz Hafiz (Ady Putra) kepada isterinya juga harus dilihat sebagai cara-cara seorang suami mendidik seorang isteri dengan betul.[28] Jean Khoo dari portal teknologi, Vulcan Post meminta agar para penonton menonton dan berfikir sebelum menyelar sesuatu filem.[29]