Karya Suetonius

Dua belas Caesar

Suetonius diingati khususnya sebagai penulis Dua belas Caesar (juga dikenali sebagai Kehidupan Caesar-Caesar) yang merupakan karyanya yang masih wujud, selain daripada cebisan-cebisan yang dicatatkan di bawah. Dua belas Caesar yang mungkin ditulis pada masa Hadrian ialah sebuah biografi pemimpin-pemimpin Empayar Rom yang pertama yang termasuk: Julius Caesar (beberapa bab pertama telah hilang), Augustus, Tiberius, Caligula, Claudius, Nero, Galba, Otho, Vitellius, Vespasian, Titus dan Domitian. Buku ini didedikasikan kepada kawannya, Gaius Septicius Clarus, seorang pengawas Pengawal Praetoria pada tahun 119. Karya itu menceritakan kehidupan setiap Caesar mengikut satu rumus yang tertentu: pemerian tentang rupa, petanda, sejarah keluarga, petikan, dan kemudiannya sejarah, mengikut susunan yang tekal bagi setiap Caesar. Suetonius menganggap maharaja-mahajara yang mengumpulkan kekayaan daripada wang orang ramai sebagai orang yang "tamak", dan mungkin membayangkan sikap-sikap kelas menengah Rom yang biasa.


Karya yang lain

Cebisan yang masih wujud

  • De Viris Illustribus ("Mengenai Tokoh Masyhur" — dalam bidang kesusasteraan) yang merangkumi:
    • De Illustribus Grammaticis ("Kehidupan-kehidupan Ahli Tatabahasa")
    • De Claris Rhetoribus ("Kehidupan-kehidupan Ahli Pidato")
    • Kehidupan-kehidupan Pemuisi

Karya yang telah hilang

  • Kehidupan-kehidupan Pelacur Masyhur
  • Biografi-biografi Diraja
  • Roma ("Mengenai Rom"), dalam empat bahagian:
    • Tingkah Laku & Adat Resam Rom
    • Tahun Rom
    • Perayaan-perayaan Rom
    • Pakaian Rom
  • Permainan-permainan Yunani
  • Mengenai Jawatan-jawatan Perkhidmatan Awam
  • Mengenai Republik Cicero
  • Kecacatan-kecacatan Fizikal Manusia
  • Cara-cara untuk Mengira Masa
  • Sebuah Esei mengenai Alam Semula Jadi
  • Kata-kata Makian Yunani
  • Masalah-masalah Tatabahasa
  • Tanda-tanda Genting yang Digunakan dalam Buku-buku