Kontroversi Sugarbook

Pada tahun 2018, Sugarbook telah menaja parti sebagai sebahagian daripada acara Sky Grande Prix bertemakan Formula One Penguasa Pelancongan Singapura, namun dibatalkan berikutan kandungan kontroversi terhadap platform syarikat.[7][8]

Penahanan pengasas Sugarbook

Laman web Sugarbook mendpat mula mendapat perhatian negara pada awal 2021 ketika pihak Sugarbook mengeluarkan senarai universiti tempatan dengan bilangan sugar baby tertinggi, menyebabkan panik moral dalam kalangan rakyat yang cemas dengan jumlah mahasiswa yang terlibat dalam statistik itu.[9] Rentetan hal itu, pada 23 Februari, pengasas dan CEO Sugarbook, Darren Chan telah ditahan dan dihukum penjara selama 10 hari.[10][11][12][13] Penahanan itu mendapat kritikan antarabangsa, mengundang persoalan di kalangan pendakwa raya dan warganet terhadap kesahan. Chan kemudian mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.[14]

Sugarbook juga disekat oleh ISP Malaysian, namun pengguna di Malaysia mencari jalan untuk melepasi sekatan, seperti menggunakan VPN. Terdapat kecaman awam di wilayah Asia-Pasifik, dengan pihak media menerbitkan rencana mengenai kontroversi di Thailand, Singapura, dan Hong Kong.[15]

Pada 4 April 2021, Darren Chan mengulas mengenai kes itu di VICE News.[16] Penahanan Chan juga mendapat liputan daripada BBC, New York Post,[17] Astro AEC, dan lain-lain.

Rujukan

WikiPedia: Sugarbook http://sugarbook.com https://news.abs-cbn.com/life/10/30/20/signups-on-... https://www.bbc.com/news/world-asia-56104597 https://play.google.com/store/apps/details?id=com.... https://sea.mashable.com/culture/14571/founder-of-... https://nypost.com/2021/02/18/sugar-daddy-dating-s... https://www.scmp.com/week-asia/society/article/216... https://www.straitstimes.com/asia/malaysian-sugar-... https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia... https://www.straitstimes.com/asia/sugarbook-founde...