Sukan_Asia_2002

Sukan Asia 2002, juga dikenali sebagai Sukan Asia XIV ialah acara sukan yang berlangsung di Busan, Korea Selatan bermula 29 September sehingga 14 Oktober 2002. Busan merupakan bandar kedua di Korea Selatan selepas Seoul pada tahun 1986 untuk menjadi tuan rumah acara sukan ini. Sejumlah 419 acara dalam 38 sukan dipertandingkan dengan 7,711 atlet dari 44 negara mengambil bahagian.[1] Acara sukan ini juga berlangsung di bandar berdekatan: Ulsan, Changwon, Masan dan Yangsan.[2]