Sukan_Para_ASEAN_2020

Sukan Para ASEAN 2020 atau secara rasminya Sukan Para ASEAN ke-10 merupakan sebuah acara pelbagai sukan dwitahunan untuk atlet kurang upaya fizikal yang telah dibatalkan. Temasya ini asalnya dijadualkan untuk berlangsung selepas Sukan Asia Tenggara 2019 di Filipina tamat. Temasya ini asalnya merupakankali kedua Filipina menganjurkan Sukan Para ASEAN dengan edisi yang pertamanya pada tahun 2005 . [1]Temasya ini pada mulanya dijadualkan untuk diadakan pada Januari 2020 tetapi dijadualkan semula hingga Mac 2020, kira-kira tiga bulan selepas Sukan Asia Tenggara 2019, disebabkan oleh kekangan kewangan dan logistik.[2] Acara sukan ditunda untuk kali kedua sehingga ke Oktober 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. [3]Temasya tersebut dibatalkan secara rasminya pada 8 Mei, setelah pemerintah Filipina mengagih semula dana untuk penganjuran temasya tersebut untuk mengatasi impak pandemik COVID-19 di Filipina.