Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_2012

Sukan Paralimpik Musim Panas 2012 lebih dikenali sebagai Sukan Paralimpik London 2012 ialah sebuah acara sukan antarabangsa untuk atlet kurang upaya ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). Ia berlangsung di London, England bermula 29 Ogos sehingga 9 September 2012. Sukan Paralimpik ini merupakan salah satu acara sukan terbesar yang diadakan di United Kingdom selepas Sukan Olimpik Musim Panas 2012 dan merupakan Sukan Paralimpik terbesar dalam sejarah: 4,302 atlet dari 164 negara mengambil bahagian dengan empat belas negara muncul dalam Sukan Paralimpik buat pertama kali. Sebanyak 503 acara dalam 20 sukan diadakan semasa Sukan Paralimpik ini.

Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_2012

Dirasmikan oleh Elizabeth II[1]
Upacara pembukaan 29 Ogos
Penyertaan atlet 4,302
Upacara penutup 9 September
Acara 503 dalam 20 sukan
Bandar tuan rumah London, United Kingdom
Penyertaan negara 164
Cogan kata Inspire a Generation