Pembangunan Sukhoi_Su-34

Pesawat versi khas pejuang pengebom bagi pesawat Su-27 'Flanker' pertama kalinya dibangunkan pada tahun 1980-an untuk Kesatuan Soviet, dengan ditanda sebagai T-10V oleh Sukhoi. Pesawat membuat penerbangan sulung pada 13 April 1990 dan pada awalnya ditanda sebagai Su-27IB (IB: Istrebitel Bombardirovshchik / Pejuang-Pengebom).[2] Pesawat ini telah dibangunkan bersama-sama pesawat latihan 2 tempat duduk tentera laut, Su-27KUB (KUB: Korabelnyy Uchebno-Boyevoy, pesawat latihan tempur di atas kapal), walaubagaimana pun, berlawanan dengan laporan asal, kedua-dua pesawat ini tidak mempunyai kaitan langsung.[3]

Pandangan hadapan pesawat Su-34

Kekangan belanjawan menyebabkan penghentikan program ini beberapa kali, dan menyebabkan prototaip pesawat telah dipertontonkan di khalayak ramai dengan menggunakan penandaan dan peranan pesawat yang berbeza. Apabila pertama kali dihuraikan pada kenyataan akhbar rasmi Rusia pada tahun 1994, ia dikenali sebagai Su-34. Apabila pesawat pra-pengeluaran ke-3 dipamerkan di Pameran Udara Paris pada 1995, ia dikenali sebagai Su-34FN (FN untuk "Pejuang Tentera Laut"), diterangkan sebagai pesawat tentera laut yang berpangkalan di darat, dan ia dipertontonkan sebagai Su-34MF (MF untuk MnogoFunksionalniy, Pelbagai Fungsi) pada Pameran Udara Moscow pada 1999. Bagaimanapun baru-baru ini Tentera Udara Rusia menggunakan penanda Su-34.

Pesawat ini berkongsi kebanyakan struktur sayap, ekor, dan enjin dengan pesawat Su-27/Su-30 'Flanker', dan kanard yang seperti pesawat Sukhoi Su-30/Su-33 'Flanker-D'/Su-35 'Flanker-F' untuk meningkatkan ketidakstabilan statik (kebolehkendalian yang tinggi) dan menurunkan seretan. Pesawat ini mempunyai reka bentuk muncung dan fiuslaj hadapan yang baru, dan kerusi juruterbang diatur dalam kedudukan sisi dalam bahagian kokpit. Su-34 mengekalkan penggunaan enjin sama seperti Su-27, tetapi mempunyai salur masuk udara yang tetap, menyebabkan kelajuan maksimumnya hanya kepada Mach 1.8+.

Perolehan

Pada masa kini hanya sejumlah kecil pesawat telah dibina. Pada pertengahan tahun 2004, Sukhoi telah mengumumkan pengeluaran berskala rendah telah dimulakan dan pesawat permulaan ini dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan skuadron pada tahun 2008. Walaupun demikian, program peningkatan bagi pesawat Su-24 "Fencers" masih diteruskan, oleh kerana pesawat Su-34 mungkin tidak akan memasuki perkhidmatan untuk beberapa tahun akan datang.

Pada bulan Mac 2006, Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Ivanov telah mengumumkan bahawa kerajaan hanya membeli 2 buah pesawat Su-34 untuk penghantaran dalam tahun 2006, dan telah merancang untuk memiliki rejimen lengkap pesawat udara Su-34 sebanyak 24 buah beroperasi pada akhir tahun 2010 (sejumlah 70 buah pesawat akan dibeli sebelum tahun 2015 untuk mengantikan beberapa unit daripada sejumlah 300+ pesawat Su-24, yang mana melalui program pemodenan baru-baru ini untuk memanjangkan jangka hayat perkhidmatannya). Ivanov mendakwa oleh kerana pesawat Su-34 adalah "jauh lebih berkesan berdasarkan kesemua parameter-parameter penting", Tentera Udara Rusia memerlukan pesawat ini dalam jumlah yang lebih kecil berbanding pesawat Su-24.

Pada Disember 2006, Ivanov mendedahkan kira-kira 200 buah pesawat Su-34 dijangka berada dalam perkhidmatan sebelum tahun 2020.[4] Berita ini telah disahkan oleh Ketua Tentera Udara, Vladimir Mikhailov pada 6 Mac, 2007.[5]

2 buah pesawat Su-34 telah dihantar pada 4 Januari 2007, dan 6 buah lagi akan dihantar sebelum akhir tahun year.[1]

Pada 9 Januari 2008, Sukhoi melaporkan bahawa pengeluaran berskala penuh pesawat Su-34 telah bermula. Rusia merancang untuk memperolehi sehingga 24 buah Su-34 beroperasi sebelum akhir tahun 2010 dengan sejumlah 70 buah pesawat sebelum tahun 2015.[6] Sebanyak 300 buah pesawat akan diperoleh sebelum tahun 2020 untuk mengantikan angkatan pesawat Su-24 yang masih tinggal.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Sukhoi_Su-34 http://video.google.com.au/videoplay?docid=6095317... http://www.airforce-technology.com/projects/su34/ http://www.airforce-technology.com/projects/su34/s... http://www.flightglobal.com/Articles/2007/01/04/Na... http://www.flightglobal.com/Articles/2007/01/04/Na... http://www.upi.com/International_Security/Industry... http://www.ausairpower.net/APA-Fullback.html http://www.milavia.net/aircraft/su-34/su-34.htm http://www.aerospaceweb.org/aircraft/bomber/su34/ http://www.globalaircraft.org/planes/su-34_fullbac...