Sukhoi (
Сухой) merupakan sebuah syarikat
pengeluar pesawat utama yang terkenal dengan pengeluaran
pesawat pejuang buatannya. Diasaskan oleh
Pavel Sukhoi pada
1939 sebagai
Biro Rekabentuk Sukhoi (
OKB-51,
pejabat rekabentuk dimulai dengan
Su), ia kini dikenali dengan nama
Sukhoi Corporation. Syarikat ini terdiri daripada
JSC Biro Rekabentuk Sukhoi yang terletak di
Moscow,
Novosibirsk Aviation Production Association (NAPO),
Komsomolsk-on-Amur Aviation Production Association (KnAAPO) dan
Irkutsk Aviation. Sukhoi beribu pejabat di
Moscow.
Finmeccanica memiliki 25% + 1 saham Sukhoi dalam divisyen awam.
[1] Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan syarikat Sukhoi dengan
Mikoyan,
Ilyushin,
Irkut,
Tupolev, dan
Yakovlev sebagai sebuah syarikat baru dengan nama
United Aircraft Building Corporation.
[2]Pada masa kini, pesawat-pesawat seperti
Su-24,
Su-25,
Su-27,
Su-30,
Su-34, dan
Su-33 digunakan oleh
Tentera Udara Rusia dan
Tentera Laut Rusia. Pesawat-pesawat
serangan darat dan
pesawat pejuang buatan Sukhoi telah dijual kepada
Armenia,
India,
China,
Poland,
Republik Czech,
Slovakia,
Hungary,
Georgia,
Jerman,
Syria,
Algeria,
Korea Utara,
Vietnam,
Malaysia,
Afghanistan,
Yemen,
Egypt,
Libya,
Iran,
Angola,
Ethiopia,
Peru,
Eritrea dan
Indonesia.
Venezuela pula telah menandatangani kontrak bagi pembelian 30 buah pesawat pejuang Su-30 pada Julai 2006. Sehingga kini, sejumlah lebih daripada 2000 buah pesawat Sukhoi telah dijual kepada negara-negara luar dalam bentuk kontrak luar negara. Selain itu, Sukhoi juga mengeluarkan pesawat-pesawat aerobatik seperti
Su-26,
Su-29 dan
Su-31.Pada
4 Ogos,
2006, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi antarabansa ke atas Sukhoi kerana disyaki membekalkan senjata kepada
Iran yang mana bertentangan dengan
Akta Pengawalan Senjata Iran 2000 oleh Amerika Syarikat. Sukhoi telah dilarang daripada membuat perjanjian perniagaan dengan Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat.
[3] Sekatan ini dipercayai oleh Sukhoi sebagai tindak balas terhadap perjanjian penjualan pesawat pejuang kepada Venezuela.[
perlu rujukan] Pada November 2006, Jabatan Negara A.S telah menarik balik sekatannya ke atas Sukhoi.[
perlu rujukan]Pada
26 September,
2007, Sukhoi telah melancarkan pesawat penumpang moden pertamanya yang dikenali sebagai Superjet, sebuah pesawat dengan muatan di antara 78 hingga 98 penumpang. Ia telah dipertontonkan di
Komsomolsk-on-Amur.
[4]. Penerbangan sulung pesawat ini dibuat pada
19 Mei,
2008.
[5]