Sukhwinder_Singh
Sukhwinder_Singh

Sukhwinder_Singh

Sukhwinder Singh (lahir 18 Julai 1971) ialah seorang penyanyi latar Bollywood India. Singh terkenal kerana menyanyikan "Chaiyya Chaiyya" yang melayakkan beliau memenangi Penyanyi Latar Lelaki Terbaik di Anugerah Filmfare 1999. Lagu tersebut, dari filem 1998 Mani Ratnam Dil Se.., digubah oleh A. R. Rahman, ditulis oleh Gulzar, dan dinyanyikan dalam duet bersama dengan Sapna Awasthi. Filem ini juga tampil dalam muzikal Bombay Dreams dan, dalam gubahan yang diadun semula, dalam segmen-segmen filem 2006 Spike Lee, Inside Man. Singh kemudian meraih kejayaan antarabangsa kerana menyanyikan "Jai Ho" dari filem Slumdog Millionaire, yang memenangi Anugerah Akademi untuk Lagu Asal Terbaik dan Anugerah Grammy untuk Lagu Terbaik yang Ditulis untuk sebuah Filem, Televisyen atau Media Visual Lainn.

Sukhwinder_Singh

Pekerjaan Penyanyi, komposer, pelakon
Juga dikenali sebagai Sukhi, Bablu
Kelahiran (1971-07-18) 18 Julai 1971 (umur 49)[1][2][3]
Genre Nyanyian latar
Tahun aktif 1991–kini