Suku_Betawi
Suku_Betawi

Suku_Betawi

Suku Betawi ialah suku asal daripada bandar Jakarta. Suku Betawi sebenarnya termasuk dalam kategori suku baru di Indonesia kerana kelompok etnik ini lahir dari pelbagai macam percampuran kelompok etnis lain yang sudah lebih dulu hidup di bandar Jakarta, seperti orang Sunda, Jawa, Arab, Cina, Bali, Sumbawa, Ambon, dan Melayu. Ahli Antropologi Universiti Indonesia, Dr Yasmine Zaki Shahab menaksir bahawa etnik Betawi baru terbentuk sekitar seabad lalu, antara tahun 1815-1893 (Abad ke-19) pada masa penjajahan Belanda. Secara Biologi, mereka yang mengaku sebagai orang Betawi ialah keturunan kaum berdarah campuran aneka suku dan bangsa daripada Nusantara (Indonesia) yang ialah hasil perkahwinan campur antara etnik dan bangsa di masa lalu di Jakarta.Sifat percampuran dalam Bahasa melayu Indonesia kepada dialek Betawi adalah dipengaruhi kebudayaan Betawi secara umum, yang merupakan hasil perkahwinan daripada pelbagai budaya berbeza yang berasal dari daerah-daerah lain di Nusantara (Indonesia) dan juga kebudayaan asing. Dalam bidang kesenian, contohnya orang Betawi memiliki seni "Gambang Kromong" yang berasal daripada seni muzik Cina, tetapi juga ada Rebana yang berasal daripada seni muzik Arab, "Keroncong Tugu" dengan latar belakang percampuran seni Portugis dan Arab, dan ada seni muzik "Tanjidor" yang berlatar belakangkan daripada seni muzik Belanda. Pengaruh-pengaruh seni luar ini yang masuk ke Jakarta sejak dahulu dikembangkan oleh orang Betawi sebagai seni dan budaya asal daripada budaya orang kaum Betawi di Jakarta, walaupun tetap mempertahankan nilai-nilai ugama utama orang Betawi iaitu Islam. Secara adat istiadat, suku Betawi mengikuti nilai-nilai Melayu dalam pelbagai segi kehidupan seperti bahasa, pakaian, makanan, agama, dll.