Budaya Suku_Betawi

Betawi merupakan budaya unik kerana memiliki unsur-unsur daripada Melayu, yang sangat berbeza daripada budaya Jawa, walaupun suku Betawi menduduki pulau Jawa. Ini dikarenakan suku Betawi ialah tergolong suku baru di Indonesia yang tergabung daripada pelbagai campuran suku dan kaum berbeza di Indonesia yang datang ke Jakarta dan selama bertahun-tahun menduduki bandar Jakarta, mereka mengenali diri mereka sendiri sebagai suku Betawi yang nama tersebut diambil daripada nama Jakarta pada masa penjajahan Belanda iaitu Batavia=Betawi. Orang Betawi pada umumnya beragama Islam seperti orang Melayu dan banyak nilai-nilai yang berasalkan daripada Melayu yang dikerjakan didalam Budaya Betawi seperti adanya Pantun, Silat, penggunaan Songkok oleh kaum lelaki, makanan Nasi uduk yang dibuat dari Santan seperti Nasi lemak Malaysia, dan lain-lain, oleh karenanya, Betawi dikategori sebagai suku Duetero Malayu.