Sukuti
Sukuti

Sukuti

Sukuti ( bahasa Nepal : सुकुटी ) merupakan produk daging kering yang berasal dari Nepal yang juga digunakan di bahagian Himalaya di India dan Tibet. ia biasanya diperbuat daripada daging kerbau, dan terdapat juga yang menggunakan daging biri-biri atau kambing . Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Limbu dan Gurung. [1] Ia dikenali sebagai Sakhekya dalam bahasa Limbu. [2] Ia digunakan sebagai sumber protein dan juga untuk menambah variasi diet semasa musim sejuk di kawasan pergunungan. Sukuti adalah salah satu daripada banyak jenis produk daging dari Nepal. Ia boleh digoreng dan dimakan dalam pelbagai cara.

Sukuti

Bahan utama Kerbau, biri-biri atau kambing
Jenis sajian Snek
Nama alternatif Daging kering
Tempat asal Nepal, Himalayan di India dan Tibet