Politik Sulaiman_Daud

Beliau merupakan ahli politik dari Sarawak di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Santubong, negeri Sarawak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.

Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Timbalan Menteri Kesihatan . Kemudian dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengakap Negara.

Dr Sulaiman pernah menjadi Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak. Kemudian menjadi ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak.Beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran (1981-1984 dan juga 1991-1995), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beliau terlibat memajukan pembelajaran Bahasa Inggeris.Semasa menjadi Menteri Pertanian, terlibat dengan pindaan Kanun Tanah Negara.