Kerabat Sultan_Mahmud_Shah

Pasangan

Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah:

  1. Tun Kecil @ Raja Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang. Isteri pertama Sultan Mahmud Shah. Kahwin tahun 1492. Tiada zuriat.
  2. Tun Teja, anak kepada Bendahara Pahang. Kahwin tahun 1494. Merupakan Permaisuri Melaka. Dikurniakan seorang anak bernama Raja Ahmad.
  3. Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Puteri dari Champa (Kelantan).
  4. Tun Sabariah @ Tun Birah @ Tun Daerah, anak Laksamana Hang Tuah dan Tun Sedari. Dikurniakan seorang anak bernama Raja Dewi.
  5. Tun Fatimah, anak kepada Bendahara Tun Mutahir.[3] Isteri terakhir Sultan Mahmud Shah. Kahwin tahun 1509. (Dikenali sebagai "Permaisuri Tun Kudu" selepas kahwin).

Anakanda

  1. Tengku Alauddin Riayat Shah II - Sultan Johor pertama, mengembangkan Johor-Riau sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Anaknya dengan Tun Fatimah.
  2. Tengku Mudzaffar Shah - mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. Anaknya dengan Puteri Onang Kening.
  3. Sultan Ahmad Shah, Melaka - dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka. Anaknya dengan Tun Teja.