Keluarga Sultan_Salahuddin_Abdul_Aziz_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Hisamuddin_Alam_Shah

Baginda mempunyai 10 putera dan puteri dari 4 permaisuri.

Dengan isteri pertama yang juga sepupu baginda, Raja Nor Saidatul Ihsan binti Al-Marhum Tengku Badar Shah, baginda dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Tengku Idris Shah yang merupakan Raja Muda Selangor dulu kini sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Laksamana Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Bersama isteri kedua, Cik Mahiran, baginda dikurniakan seorang putera, Tengku Ahmad Shah manakala dengan isteri ketiga, Tengku Ampuan Rahimah, Almarhum Sultan Abdul Aziz dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Puteri Nor Marina dan Tengku Puteri Nor Zihan.

Pada 3 Mei 1990 baginda berkahwin dengan Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman yang kemudian bergelar Cik Puan Besar Selangor. Mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. [2][3]