Kemangkatan Sultan_Salahuddin_Abdul_Aziz_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Hisamuddin_Alam_Shah

Baginda mangkat pada 11:57 pagi, 21 November 2001 (bersamaan 5 Ramadan 1422) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada usia 75 tahun, berikutan masalah jantung. Baginda terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan dan mesin dialisis. Pada 6 Oktober 2001 baginda menjalani pembedahan kecil di Singapura. Baginda menerima rawatan dua bulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.Kemangkatan baginda diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menerusi siaran televisyen dan radio. Beliau mengumumkan negara berkabung selama 7 hari dan meminta bendera dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh itu.[6]