Menu
Sultan_Yahya_Petra_ibni_Almarhum_Sultan_Ibrahim KeputeraanDiputerakan pada jam 4:00 petang, Isnin 10 Disember 1917 di Istana Kota Lama, Sungai Kelantan, Kota Bharu dan merupakan putera kedua bagi Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV dengan isteri ketiga baginda iaitu Che Puan Besar Cik Embong binti Daud. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di England pada 1934.
Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun 1939. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan lima puteri. Putera tunggal Tengku Yahya Petra dan Tengku Zainab ialah Sultan Kelantan ke-28, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Lima orang puteri Baginda ialah Yang Mulia Tengku Merjan, Yang Mulia Tengku Rozan, Yang Mulia Tengku Salwani, Yang Mulia Tengku Rohani dan Yang Mulia Tengku Minasrul. Baginda juga berkahwin dengan Tengku Alexandrian binti Tengku Yusuf dan dikurniakan seorang putera iaitu Yang Mulia Tengku Mohammad Petra.
Menu
Sultan_Yahya_Petra_ibni_Almarhum_Sultan_Ibrahim KeputeraanBerkaitan
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail Sultan Muhammad V Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Sultan Johor Sultan SallehuddinRujukan
WikiPedia: Sultan_Yahya_Petra_ibni_Almarhum_Sultan_Ibrahim