Sumber_khalayak

Sumber khalayak atau urun daya[1] (Bahasa Inggeris: crowdsourcing) ialah suatu model pencarian sumber di mana individu atau organisasi mendapatkan barangan dan perkhidmatan, termasuk idea dan kewangan, daripada kelompok pengguna Internet pengguna yang besar, agak terbuka dan sering cepat berubah. Ia membahagikan tugas antara peserta untuk mencapai suatu hasil yang akumulatif.Konsep ini telah lama wujud sebelum zaman teknologi digital (yakni "di luar talian"),[2] di mana pandangan orang ramai dilibatkan dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang sukar ditangani dengan sendirinya meskipun dalam kalangan pihak bertanggungjawab yang arif; sama ada melalui pungutan suara, pertandingan mahupun cabaran.