Menu
Sumpahan_Jerunei PenerbitanPada September 2019, Nancie Foo dan Wendy Wong mengumumkan bahawa syarikat Produksi Seni 2020 akan menerbitkan sebuah filem yang memaparkan kisah budaya silam masyarakat kaum Melanau di Sarawak. Sumpahan Jerunei pada asalnya diterbitkan sebagai filem dokumentari, namun Produksi Seni 2020 mengalih format filem ini sebagai sebuah filem cereka. Nancie berkata: "Sebelum memulakan penggambaran kami mengambil masa selama empat tahun untuk membuat kajian. Akhirnya, kami sepakat untuk menjadikannya sebuah filem".[5] Wendy pula berkata, Produksi Seni 2020 memilih kisah kaum tersebut untuk difilemkan kerana mahu masyarakat dunia mengetahui keunikan yang terdapat di Sarawak. Menurutnya, idea untuk filem ini bermula daripada penyelidikan yang dijalankan beberapa tahun sebelumnya, di mana hasil penyelidikan itu kini terdapat di Muzium Sarawak.[6]
Penggambaran dijalakan pada Ogos dan September 2019 di beberapa lokasi menarik di Sarawak,[7] termasuk Mukah, Siburan dan Santubong.[8]
Menu
Sumpahan_Jerunei PenerbitanBerkaitan
Sumpahan Jerunei Sumpah-sumpah Sumpah perlembagaan jawatan di Malaysia Sumpah Pemuda Sumpah (lagu Naim Daniel) Sumpah (lagu Aina Abdul) Sumpah Semerah Padi Sumpah Orang Minyak Sumpah Hippokrates Sumpahan MahsuriRujukan
WikiPedia: Sumpahan_Jerunei https://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-se... https://dayakdaily.com/filem-sumpahan-jerunei-papa... https://www.imdb.com/title/tt27301270/ https://www.kopiplanet.com/sumpahan-jerunei-papar-... https://www.malaymail.com/news/showbiz/2019/09/01/... https://www.malaysiakini.com/hiburan/621918 https://sarawakvoice.com/cerita-pengebumian-bangsa... https://www.dailyexpress.com.my/news/140044/sumpah... https://www.kosmo.com.my/2023/05/02/dua-tahun-tund... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2023/04/...