Sungai_Ara
Sungai_Ara

Sungai_Ara


Sungai Ara (China: 新港, Hokkian: Sinkang) merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Nama sungai Ara diambil dari sungai yang mengalir melalui bandar tersebut dari bukit dibelakangnya. Ia terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Harga hartanah di luar George Town masih meningkat. Bandar Sungai Ara mempunyai ramai orang profesional dan keluarga muda yang menetap di kawasan ini. Queensbay Mall dibuka dan jauhnya ialah 3 km. Cuaca disekeliling Changkat Sungai Ara adalah sejuk terutamanya ketika musim hujan. Terdapat bukit yang dibangunkan sebagai tempat kediaman banglo yang boleh dilalui melalui Changkat Sungai Ara 2. Bukit itu mengadap kawasan Bayan Lepas dan sering dikunjungi oleh pencinta kesihatan untuk berjoging dan berjalan.Terdapat banyak kebun dan ladang disekeliling Sungai Ara dan bukit sekelilingnya.Sungai Ara mempunyai banyak sekolah, hampir dengan banyak pusat membeli belah, pasar basah dan kejiranan yang selamat. Sungai Ara mempunyai kadar jenayah yang paling rendah di Pulau Pinang dan yang kualiti udara terbaik. Sungai Ara juga terletak 'di antara' Jambatan Pulau Pinang dan laluan kedua di Batu Maung. Perjalanan dari Sungai Ara ke Komtar mengambil kira-kira 30 minit melalui Mall Queensbay dan lebuh raya bebas tol Jelutong Express.

Sungai_Ara

Dibina 1978
Zon masa MST (UTC+8)
- Metro 1,225,501
- Kepadatan 3,748/batu persegi (kira-kira 2,000/km²)
- Musim panas (DST) Tidak ditentukan (UTC)
- Bandar 156,000(ke-35)