Sungai_Bernam

Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Selangor dan negeri Perak. Sungai Bernam mengalir dari Gunung Liang Timur (1933 m). Puncak Gunung Liang Timur menjadi titik sempadan 3 negeri iaitu Perak, Selangor dan Pahang. Gunung ini terletak di Banjaran Titiwangsa.Hulu Sungai Bernam agak tinggi dan sesuai ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit. Di hilir Sungai Bernam , merupakan kawasan paya dan telah telah ditebusguna dengan sistem terusan dan pengairan bagi mengeringkan air yang bertakung. Kini seluruh kawasan ini ditanam dengan padi sawah.Beberapa lokasi di Sabak Bernam telah dijumpai beberapa artifak purbakala. Kerja-kerja ekskavasi telah dijalankan oleh ahli arkeologi dari beberapa universiti dan Muzium Shah Alam.