Politik Sungai_Limau

DUN Sungai Limau terletak di kawasan parlimen Jerai. Sejak kerusi DUN ini diwujudkan pada 2004, wakil rakyat yang mewakili kawasan Dewan Undangan ini ialah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak. Kerusi ini kosong apabila beliau meninggalkan dunia pada 26 September 2013 ekoran komplikasi jantung. Kekosongan kerusi tersebut diisi menerusi pilihan raya kecil pada 4 November 2013, apabila calon PAS Mohd Azam Samad terpilih.