Geografi Sungai_Rhine

Ngarai Rhine(Ruinaulta) di Graubünden,SwitzerlandRhine di hilir Tasik ConstanceIstana Marksburg berdekatan Koblenz dibina pada tahun 1231Rhine dengan industri kimia di Wesseling berhampiran Cologne

Switzerland

Punca sungai Rhine terletak di wilayah Graubünden di Banjaran Alps,Switzerland di mana dua cawang utamanya dipanggil Vorderrhein dan Hinterrhein.VorderRhein (Tanduk Rhine) berpunca dari Tasik Tuma berhampiran Oberalp Pass dan mengalir merentasi Ruinalta(Grand Canyon Switzerland).Hinterrhein(Belakang Rhine) bermula dikawasan syurga glasier berdekatan Rhinquellhorn di sempadan selatan Switzerland.Salah satu punca baru Rhine bermula dari Val di Lei di Italy.

Kedua-dua cawang sungai ini bertemu di Reichenau,juga di Graubünden.Dari Reichenau,Rhine mengalir ke utara sebagai Alpenrhein merentasi Chur dan membentuk sempadan dengan Liechtenstein dan juga Austria,yang kemudiannya memenuhi Tasik Constance.Rhine mengalir dari Tasik Constance ke barat sebagai Hochrhein melintasi Rhine Falls dan kemudian bercantum dengan sungai Aare yang menggandakan arus aliran sungai kepada purata 1000 kubik meter padu per saat.Ia membentuk sempadan dengan Jerman sehinggalah Rhine menghala ke utara dengan gelaran Lutut Rhine di Basel.

Jerman dan Perancis

Melintasi Basel sebagai Rhine Atas,sungai ini membentuk satu lembah yang luas yang menjadi sebahagian sempadan selatan antara Jerman dan Perancis sebelum memasuki Jerman di Rheinstetten,dekat Karlsruhe.

Dengan panjang melebihi 1000 kilometer,Rhine adalah sungai terpanjang di Jerman.Di sini Rhine bertemu dengan beberapa lagi cawang sungai utamanya seperti Neckar,Main dan Moselle,yang menyumbang pada purata arus 300 kubik meter padu per saat.

Antara Bingen dan Bonn, Rhine Tengah mengalir merentasi Gaung Rhine,satu landskap yang terbentuk kerana proses hakisan,yang berlaku pada kadar hampir sama dengan satu pergerakan tektonik serantau,yang meninggalkan bahagian sungai tidak berubah tetapi menaikkan aras ketinggian bahagian tanah sekitarnya.Gaung ini agak dalam dan terbentang disepanjang sungai yang terkenal dengan istana-istana dan ladang-ladang anggurnya.Rhine disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO 2002 dan dikenali sebagai Rhine yang romatik dengan mempunyai 40 buah istana dan kubu lama sejak Tahun Pertengahan dan juga perkampungan-perkampungan wain yang menarik.

Walaupun pelbagai industri dapat dilihat disepanjang tebing sungai Rhine bermula di Switzerland lagi,namun kebanyakkan industri ini terletak di Rhine Rendah di kawasan Ruhr Gebiet kerana sungai ini merentasi bandar utama Cologne,Düsseldorf dan Duisberg.Sungai Ruhr,yang bercantum dengan Rhine di Duisberg,amat menakjubkan kerana sangat bersih dan dijadikan air minuman jika diambil kira dengan kepadatan dan jumlah aktiviti industri tebing sungainya.Ruhr menambah sebnyak 70 kubik meter padu per saat aliran air ke dalam Rhine.Walaubagaimanapun,sungai lain dari Ruhr Gebiet,terutamanya Emscher,masih membawa pencemaran kepada Rhine.Menghampiri Belanda,Rhine sekarang mempunyai hampir 2,290 kubik meter padu per saat dan purata lebar melebihi 300 meter.

Belanda

Rhine sekarang menghala ke barat dan mamasuki Belanda bersama-sama sungai Meuse dan Scheldt membentuk satu delta yang luas.Kelebaran Rhine adalah paling besar apabila melintasi sempadan Belanda di Spijk,berhampiran Nijmegen dan Arnhem,tetapi sungai ini kemudiannya berpecah kepada 3 cawang utama:Waal, Nederrijn(Rhine Rendah) dan Ijssel.

Dari sini,situasi menjadi lebih rumit,dengan nama "Rhine" tidak lagi dikaitkan dengan aliran utama air. Kebanyakkan air Rhine(dua pertiga) mengalir jauh ke barat melalui Waal dan seterusnya menerusi Merwede dan Nieuwe dan bercantum dengan Meuse,melalui "Holland Diep" dan muara Haringvliet ke dalam Laut Utara.Sungai Beneden Merwede mengalir sebagai sungai Noord di Hardinxveld-Giessendam dan bercantum sungai Lek berdekatan Kinderjijk untuk membentuk Nieuwe Maas,yang kemudiannya mengalir merentasi Rotterdam dan berterusan melalui Het Scheur dan Nieuwe Waterweg ke Laut Utara.Oude Maas pula bergabung dengan Nieuwe Maas di Dordrecht untuk membentuk Het Scheur.