Kerjaya Sunmi

2006–2012

Pada bulan Mei 2006, Sunmi telah didedahkan sebagai ahli keempat Wonder Girls, sebuah kumpulan wanita dibawah JYP Entertainment. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama menerusi lagu "Irony" di dalam rancangan muzik MBC, Show! Music Core pada 10 Februari 2007. Kumpulan ini mencapai populariti dalam tempoh yang singkat menerusi lagu "Tell Me", "So Hot" dan "Nobody" tidak sampai 2 tahun selepas kemunculan pertama mereka.

Pada bulan Januari 2010, JYP mengumumkan bahawa Sunmi akan menangguhkan kerjaya muzik beliau untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran tetapi beliau akan meneruskan aktiviti bersama kumpulan ini sehingga bulan Februari untuk menyelesaikan acara yang telah dijadualkan.[1]

Pada 13 Januari 2012 seorang wakil JYP berkata: "Sunmi masih bersama label rakaman ini dan terus untuk mengembangkan bakat muziknya." JYP Entertainment kemudiannya berkata bahawa tiada perancangan untuk Sunmi kembali sebagai ahli Wonder Girls.[2]

2013–2017

Pada bulan Ogos 2013, Sunmi telah diumumkan akan kembali menyambung kerjaya muzik beliau sebagai artis solo.[3] Sunmi membuat kemunculan solo pertamanya pada 22 Ogos di dalam rancangan muzik Mnet, M! Countdown. Lagu single pertamanya, "24 Hours" dikeluarkan pada 26 Ogos 2013.[4]

Album mini pertama beliau, Full Moon dikeluarkan pada 17 Februari 2014.[5] Lagu dengan tajuk yang sama menampilkan bekas pelatih JYP, Lena Park, menduduki tempat kedua di dalam Carta Digital Gaon dan ketiga di dalam Carta Billboard 100 Terhangat K-pop.

Pada 24 Jun 2015, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Sunmi akan menyertai semula Wonder Girls selepas keluar pada tahun 2010 untuk kemunculan kembali kumpulan ini. Kumpulan ini kembali dengan konsep band dimana Sunmi memainkan alat muzik bass.[6] Pada bulan Ogos, album kumpulan ini, REBOOT dikeluarkan dengan Sunmi menulis dan menerbit tiga buah lagu.[7]

Pada tahun 2016, Sunmi menulis dan menerbit dua lagu Wonder Girls di dalam album mini Why So Lonely.[8] Pada 26 Januari 2017, Wonder Girls telah diumumkan akan dibubarkan selepas Sunmi dan Yeeun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka. Kumpulan ini mengeluarkan lagu terakhir mereka, "Draw Me" pada 10 Februari.

2017–sekarang

Pada 14 Mac 2017, MakeUs Entertainment mengumumkan bahawa Sunmi telah menandatangani kontrak bersama syarikat itu pada bulan Februari.[9] Beliau mengeluarkan lagu "Gashina", diterbitkan oleh Teddy Park dari The Black Label pada 22 Ogos.[10] Sunmi kembali menerusi lagu bertajuk "Heroine" pada 18 Januari 2018.[11]

Rujukan

WikiPedia: Sunmi http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://sunmi.jype.com http://sunmi.jype.com/ http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2018... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130806000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130820000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20140203000...