Sunmi
Sunmi

Sunmi

Lee Sun-mi (Hangul: 이선미; Hanja: 李宣美; lahir 2 Mei 1992) lebih dikenali sebagai Sunmi ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau dikenali sebagai bekas ahli kumpulan K-Pop wanita, Wonder Girls. Sunmi membuat kemunculan pertama pada tahun 2007 sebagai ahli Wonder Girls sebelum meninggalkan kumpulan ini pada bulan Januari 2010 untuk menyambung pelajaran. Sunmi menyambung kembali kerjayanya sebagai penyanyi solo pada bulan Ogos 2013 menerusi lagu "24 Hours". Pada tahun 2015, Wonder Girls kembali selepas dua tahun dan Sunmi juga disahkan akan menyertai semula kumpulan ini. Kumpulan ini kemudiannya dibubarkan pada tahun 2017 selepas beliau dan Yeeun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka bersama JYP Entertainment.

Rujukan

WikiPedia: Sunmi http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://sunmi.jype.com http://sunmi.jype.com/ http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2018... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130806000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130820000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20140203000...