Penggolongan Supernova

Sebagai percubaan untuk lebih memahami letupan supernova, ahli astrnomi menggolongkan supernova berdasarkan garis unsur kimia berbeza yang hadir pada spektrumnya.

Unsur pertama untuk pembahagian ini ialah kehadiran atau ketakhadiran garis daripada hidrogen. Sekiranya terdapat spektra supernova yang mengandungi garis hidrogen, ia digolongkan sebagai Jenis II, lain daripada itu ia akan digolongkan sebagai Jenis I.

Antara kumpulan-kumpulan ini, terdapat subbahagian berdasarkan kehadiran lain-lain garis dan bentuk lengkungan cahayanya.


Penggolongan spektra

Jenis ITiada garis Balmer hidrogenJenis Iagaris Si II pada 615.0 nmJenis Ibgaris He I pada 587.6 nmJenis IcLemah atau tiada garis HeliumJenis IITerdapat garis Balmer hidrogenJenis II-PDataranJenis II-LLinear