Surah_Al-Anbiyaa’
Surah_Al-Anbiyaa’

Surah_Al-Anbiyaa’

Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • HajiMakkah • Madinah
BaitulmuqaddisAidilfitri • AidiladhaHukumAl-Quran • Sunnah • HadisSejarahGaris Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • KhilafahTokoh IslamMuhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
MazhabAhli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • PolitikLihat jugaKritikan • Islamofobia
GlosariSurah Al Anbiyaa' (سورة الأنبياء) adalah surah ke-21 dalam Al Qur'an. Surah yang terdiri atas 112 ayat ini termasuk golongan surah Makkiyyah. Nama al anbiyaa' (bahasa arab:nabi-nabi) digunakan kerana surah ini mengutarakan kisah beberapa orang nabi. Permulaan surah Al Anbiyaa' menegaskan bahawa manusia lalai dalam menghadapi hari hisab, kemudian berhubung adanya pengingkaran kaum musyrik Mekkah terhadap wahyu yang dibawa Nabi Muhammad SAW. maka ditegaskan Allah, sekali pun nabi-nabi itu manusia biasa, akan tetapi masing-masing mereka adalah manusia yang membawa wahyu yang pokok ajarannya adalah tauhid, dan keharusan manusia menyembah Allah, Tuhan Penciptanya. Orang yang tidak mahu mengakui kekuasaan Allah dan mengingkari ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi itu, akan diazab Allah didunia dan di akhirat nanti. Kemudian dikemukakan kisah beberapa orang nabi dengan umatnya. Akhirnya surah itu ditutup dengan seruan agar kaum musyrik Mekah percaya kepada ajaran yang dibawa Muhammad SAW supaya tidak mengalami apa yang telah dialami oleh umat-umat yang dahulu.

Surah_Al-Anbiyaa’