Pendidikan Susilo_Bambang_Yudhoyono

Yudhoyono juga belajar di Amerika Syarikat, di mana beliau menerima ijazah sarjananya dalam Pengurusan dari Universiti Webster pada tahun 1991. Kemudian beliau memperoleh Ph.D. dalam bidang ekonomi pertanian dari Universiti Pertanian Bogor pada 3 Oktober 2004, dua hari sebelum kemenangan presidennya diumumkan.[41] Disertasi beliau bertajuk "Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian sebagai Usaha untuk Mengurangkan Kemiskinan dan Pengangguran: analisis ekonomi politik dasar fiskal". Beliau juga dianugerahkan dua doktor kehormat pada tahun 2005, masing-masing dalam bidang undang-undang dari almamaternya, Webster, dan dalam sains politik dari Universiri Thammasat di Thailand. Pada 12 Jun 2014, beliau memperoleh ijazah profesor dari Universiti Pertahanan Indonesia dalam Sains Pertahanan Nasional.[42]

  • 1973: Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Akabri)
  • 1976: Kursus Bahasa Amerika, Lackland, Texas, Amerika Syarikat
  • 1976: Kursus Bawaan Udara dan Renjer, Fort Benning, Amerika Syarikat
  • 1982-1983: Kursus Lanjutan Pegawai Infantri, Fort Benning, Amerika Syarikat
  • 1983: Latihan semasa kerja dalam Bahagian Bawaan Udara ke-82, Fort Bragg, Amerika Syarikat
  • 1983: Sekolah Peperangan Hutan, Panama
  • 1984: Kursus Senjata Anti Kereta Kebal di Belgium dan Jerman
  • 1985: Kursus Komando Batalion
  • 1988-1989: Sekolah Komando Angkatan Darat
  • Kolej Pegawai Perintah dan Turus, Fort Leavenwort, Kansas, Amerika Syarikat
  • Sarjana Sastera (MA) dari Universiti Webster Pengurusan (Management Webster University), Missouri, Amerika Syarikat
  • 2004: Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi Pertanian daripada Institut Pertanian Bogor (IPB).

Rujukan

WikiPedia: Susilo_Bambang_Yudhoyono http://www.heraldsun.com.au/news/national/indonesi... http://www.theaustralian.com.au/news/nation/susilo... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://lifestyle.bisnis.com/read/20150110/254/3895... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/indo... http://afp.google.com/article/ALeqM5gq5vMw9zcrH4Zh... http://www.huffingtonpost.com/2010/01/25/indonesia... http://www.imdb.com/name/nm2670444/ http://issuu.com/harvard_asia_pacific_review/docs/... http://www.koreajoongangdaily.joins.com/news/artic...