Karier Suzanne_Collins

Collins memulakan kariernya pada tahun 1991 sebagai penulis rancangan televisyen kanak-kanak.[2] Beliau bekerja untuk beberapa rancangan televisyen Nickelodeon termasuk Clarissa Explains It All, The Mystery Files of Shelby Woo, Little Bear dan Oswald.[2] Beliau juga merupakan ketua pengarang untuk Clifford's Puppy Days.[2] Diantara tahun 2003 dan 2007, beliau menulis lima buku Underland Chronicles: Gregor the Overlander, Gregor and the Prophecy of Bane, Gregor and the Curse of the Warmbloods, Gregor and the Marks of Secret dan Gregor and the Code of Claw. Dalam tempoh tersebut, Collins juga menulis buku bergambar, When Charlie McButton Lost Power (2005), ilustrasi oleh Mike Lester.[2]

Pada bulan September 2008, Scholastic Press mengeluarkan The Hunger Games, buku pertama daripada sebuah trilogi oleh Collins.[3] Buku kedua trilogi ini, Catching Fire, dikeluarkan pada bulan September 2009 dan buku ketiga, Mockingjay, dikeluarkan pada 24 Ogos 2010.[4] Lions Gate Entertainment mendapatkan hak pengedaran sedunia untuk sebuah adaptasi filem The Hunger Games, diterbitkan oleh syarikat produksi Color Force.[5][6] Collins sendiri mengadaptasi novel ini untuk filem.[6] Diarahkan oleh Gary Ross, penggambaran bermula pada tahun 2011 dimana Jennifer Lawrence melakonkan watak utama, Katniss Everdeen.[7] Dua novel susulan juga diaptasi kepada filem.

Rujukan

WikiPedia: Suzanne_Collins http://www.scholastic.ca/thehungergames/videos/pla... http://shelf-life.ew.com/2010/02/11/final-hunger-g... http://www.hollywoodreporter.com/hr/content_displa... http://www.imdb.com/name/nm1056741/ http://www.openisbn.com/author/Suzanne_Collins/162... http://www.publishersweekly.com/article/CA6643639.... http://www.suzannecollinsbooks.com/bio.htm http://www.thewrap.com/movies/column-post/jennifer... http://www.isfdb.org/cgi-bin/ea.cgi?Suzanne_Collin... https://web.archive.org/20090322035715/http://www....