The_Hunger_Games_(filem)
The_Hunger_Games_(filem)

The_Hunger_Games_(filem)

The Hunger Games ialah sebuah filem sains fiksyen distopia Amerika Syarikat 2012 diarahkan oleh Gary Ross dan berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Suzanne Collins. Ia merupakan filem pertama dalam siri filem The Hunger Games. Filem ini diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik dengan lakon layar oleh Ross, Collins dan Billy Ray. Filem ini dibintangi Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Lenny Kravitz, Stanley Tucci, dan Donald Sutherland. Cerita di dalam filem ini mengambil tempat pada masa hadapan distopia selepas malapetaka yang dahsyat di negara Panem, dimana kanak-kanak lelaki dan perempuan diantara umur 12 dan 18 tahun mesti mengambil bahagian dalam Hunger Games, sebuah acara tahunan dimana "tribute" perlu berlawan sampai mati sehingga tinggal seorang yang masih hidup. Katniss Everdeen (Lawrence) menawarkan diri untuk mengganti tempat adiknya. Disertai oleh tribute lelaki dari daerahnya, Peeta Mellark (Hutcherson), Katniss bergerak ke Capitol untuk berlatih menghadapi Hunger Games dibawah bimbingan bekas pemenang, Haymitch Abernathy (Harrelson).Pembangunan untuk The Hunger Games bermula pada bulan Mac 2009 apabila Lions Gate Entertainment memeterai perjanjian pengeluaran bersama Color Force, yang telah memperoleh hak beberapa minggu lebih awal. Collins bekerjasama dengan Ray dan Ross untuk menulis lakon layar. Lakon layar ini mengembangkan watak Serena Crane untuk membolehkan beberapa perkembangan ditunjukkan terus kepada penonton dan Ross menambah beberapa babak diantara Crane dan Coriolanus Snow. Watak-watak utama dipilih diantara bulan Mac dan Mei 2011. Fotografi utama bermula pada bulan Mei 2011 dan berakhir pada bulan September 2011. Penggambaran mengambil tempat di Carolina Utara.Filem ini ditayangkan pada 21 Mac 2012 di beberapa negara Eropah[5] dan di Amerika Syarikat pada 23 Mac 2012.[6] Ketika filem ini ditayangkan, ia mencipta rekod untuk hari pembukaan ($67.3 juta) dan pembukaan hujung minggu untuk filem bukan sekuel.[7] Kutipan pembukaan hujung minggu filem ini ($152.5 juta) merupakan yang ketiga terbesar untuk mana-mana filem di Amerika Utara pada ketika itu.[8] Ia merupakan filem pertama sejak Avatar untuk kekal di tempat pertama box office Amerika Utara empat minggu berturut-turut.[9] Filem ini mencapai kejayaan besar dalam box-office dengan kutipan $694 juta di seluruh dunia berbanding bajet pengeluaran sebanyak $78 juta, menjadikan ia filem dengan kutipan ketiga tertinggi di Amerika Syarikat dan kutipan kesembilan tertinggi di dunia pada tahun 2012.[4] Ia dikeluarkan dalam DVD dan cakera Blu-ray pada 18 Ogos 2012.[10] Sebuah sekuel, The Hunger Games: Catching Fire ditayangkan pada 22 November 2013 di Amerika Syarikat.The Hunger Games menerima ulasan positif daripada pengkritik dengan pujian untuk tema dan mesejnya. Lakonan Jennifer Lawrence sebagai Katniss juga menerima pujian. Lagu "Safe & Sound" memenangi Anugerah Grammy dan menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Lagu Asal Terbaik. Untuk lakonannya, Lawrence memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Zuhal untuk Pelakon Wanita Terbaik.

The_Hunger_Games_(filem)

Bahasa Inggeris
Berdasarkan The Hunger Games oleh
Suzanne Collins
Lakon layar oleh
Muzik oleh James Newton Howard
Disunting oleh
  • Stephen Mirrione
  • Juliette Welfling
Pengarah Gary Ross
Penerbit
  • Nina Jacobson
  • Jon Kilik
Pecah panggung $694.4 juta[4]
Mula ditayangkan
  • 12 Mac 2012 
    (Los Angeles)
  • 23 Mac 2012 
    (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Color Force
Sinematografi Tom Stern
Tempoh tayangan 142 minit[1][2]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Lionsgate Films
Perbelanjaan $78 juta[3]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games_(filem) http://www.allmusic.com/album/the-hunger-games-ori... http://boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/news/?id=3401&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3406&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3412&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3461&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3420&p=.htm