Pengeluaran The_Hunger_Games_(filem)

Pada bulan Mac 2009, Lions Gate Entertainment memeterai perjanjian pengeluaran bersama untuk The Hunger Games bersama syarikat pengeluaran Nina Jacobson, Color Force yang telah memperoleh hak pengederan sedunia beberapa minggu lebih awal[22][23] dilaporkan dengan harga $200,000.[24] Presiden dan Naib Presiden Kanan Pengeluaran Filem di Lionsgate, Alli Shearmur dan Jim Miller mengambil alih peranan untuk menyelia pengeluaran filem.[25] Studio ini yang tidak membuat sebarang keuntungan selama lima tahun, mengambil bajet untuk pengeluaran lain dan menjual aset untuk mendapatkan bajet $88,000,000[26] untuk filem ini.[24][27] Lionsgate kemudiannya memperoleh pengecualian cukai sebanyak $8 juta untuk penggambaran di Carolina Utara.[27] Pengeluaran itu kemudiannya dijalankan dengan bajet $78 juta.[28]

Collins sendiri mengadaptasi novel untuk filem.[22] in collaboration with screenwriter Billy Ray and director Gary Ross.[29][30] Lakon layar kekal sama seperti novel asal.[31] Lakon layar mengembangkan watak Seneca Crane untuk membolehkan beberapa pembangunan ditunjukkan terus kepada penonton. Ross juga menambah beberapa baka diantara Crane dan Coriolanus Snow.

Pemilihan pelakon

Lionsgate mengesahkan pada bulan Mac 2011 bahawa 30 pelakon wanita menjalani ujian atau membaca untuk watak Katniss Everdeen termasuk Hailee Steinfeld, Abigail Breslin, Emma Roberts, Saoirse Ronan, Chloë Grace Moretz, Jodelle Ferland, Lyndsy Fonseca, Emily Browning, Shailene Woodley dan Kaya Scodelario.[3][32] Pada 16 Mac 2011, ia telah diumumkan bahawa Jennifer Lawrence telah mendapat watak ini.[33]

Calon-calon untuk watak Peeta selain daripada Hutcherson adalah Alexander Ludwig (kemudiannya dipilih untuk watak Cato), Hunter Parrish, Lucas Till dan Evan Peters.[34] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak Gale termasuk David Henrie, Drew Roy dan Robbie Amell.[34] Pada bulan April 2011, John C. Reilly berada dalam perbincangan bersama Lions Gate Entertainment untuk melakonkan watak Haymitch Abernathy.[35] Pada bulan berikutnya, Lionsgate mengumumkan bahawa watak ini telah diberikan kepada Woody Harrelson.[13] Ia disusuli dengan Lenny Kravitz dipilih untuk watak Cinna, Stanley Tucci dipilih sebagai Caesar Flickerman dan Toby Jones sebagai Claudius Templesmith. Donald Sutherland dipilih untuk watak Presiden Coriolanus Snow pada lewat bulan Mei 2011.[36]

Penggambaran

Gary Ross menjadi pengarah pada bulan November 2010.[37] Lawrence mewarnakan rambut perangnya kepada warna hitam untuk watak Katniss.[38] Beliau juga menjalani latihan yang meluas untuk watak ini termasuk memanah, memanjat batu dan pokok, bertempur, berlari, parkour dan yoga.[39] Pelakon-pelakon lain yang mewarnakan rambut mereka untuk filem ini termasuk Josh Hutcherson sebagai Peeta dan Liam Hemsworth sebagai Gale.[3] Lionsgate mengupah pemanah (dan juga pemenang pingat gangsa Olimpik), Khatuna Lorig untuk mengajar Lawrence cara untuk memanah.

Dengan bajet awal sebanyak $75 juta,[40] fotografi utama bermula berdekatan Brevard di Daerah Transylvania, Barat Carolina Utara pada bulan Mei 2011[41] dan selesai pada 15 September 2011 dengan bajet akhir dilaporkan diantara $90 dan $100 juta, dikurangkan kepada $78 juta selepas subsidi.[3] Steven Soderbergh berperanan sebagai pengarah unit kedua[42] dan merakam kebanyakkan babak rusuhan Daerah 11.[43]

Hampir kesemua fotografi pengeluaran mengambil tempat di Carolina Utara dimana Lionsgate menerima kredit cukai kira-kira $8 juta daripada kerajaan negeri untuk berbuat demikian. Majalah Forbes magazine menganggarkan bahawa ekonomi negeri ini meningkat kepada $60 juta daripada pengeluaran ini dengan lebih daripada 5,000 orang bekerja sebagai pelakon tambahan, krew dan staf sokongan.[44] Kebanyakkan babak di luar, kedua-dua arena dan Daerah 12 dirakam di Hutan Negeri DuPont.[45] Banyak lokasi urban dan dalaman, di Capitol dan lain-lain dirakam di Shelby dan Charlotte; babak-babak lain juga dirakam di kawasan Asheville.

Muzik

Runut bunyi

Album runut bunyi untuk The Hunger Games mengandungi lagu-lagu inspirasi dari filem ini, hanya tiga daripada mereka ("Abraham's Daughter", "Safe & Sound" dan "Kingdom Come") muncul dalam filem semasa kredit penutup.[46] Lagu pertama daripada album ini, "Safe & Sound" oleh Taylor Swift feat. The Civil Wars dikeluarkan pada 23 Disember 2011.[47] Runut bunyi ini juga menampilkan lagu oleh The Decemberists, Arcade Fire, The Secret Sisters, Miranda Lambert feat. Pistol Annies,[48] Neko Case, Kid Cudi[48] Glen Hansard,[48] The Low Anthem,[48] Punch Brothers,[48] Birdy,[48] Maroon 5, Jayme Dee,[48] dan Carolina Chocolate Drops.[48] Runut bunyi dikeluarkan pada 20 Mac 2012.[49]

Skor muzik

The Hunger Games: Original Motion Picture Score
Skor filem oleh James Newton Howard
Dikeluarkan pada26 Mac 2012
GenreRunut bunyi
SyarikatUniversal Republic
PenerbitT-Bone Burnett
Kronologi James Newton Howard
Green Lantern: Original Motion Picture SoundtrackThe Hunger Games: Original Motion Picture ScoreThe Hunger Games: Catching Fire Original Motion Picture Score
Penarafan profesional
Markah ulasan
SumberTaraf
Allmusic[50]
Film Score Reviews[51]

Lionsgate mengumumkan bahawa Danny Elfman dan T-Bone Burnett akan mencipta skor muzik The Hunger Games dengan Burnett juga berperanan sebagai penerbit eksekutif muzik filem ini untuk menerbitkan lagu untuk runut bunyi.[52] Kerana konflik penjadualan, Elfman digantikan oleh James Newton Howard.[53] Album skor muzik dikeluarkan pada 26 Mac 2012.

No.TajukMasa
1. "The Hunger Games"   1:10
2. "Katniss Afoot"   1:49
3. "Reaping Day"   1:35
4. "The Train"   1:27
5. "Entering the Capitol"   2:28
6. "Preparing the Chariots"   1:05
7. "Horn of Plenty"   1:59
8. "Penthouse/Training"   3:36
9. "Learning the Skills"   1:41
10. "The Countdown"   1:58
11. "Booby Trap"   2:37
12. "Healing Katniss"   3:04
13. "Rue's Farewell"   5:00
14. "We Could Go Home"   1:15
15. "Searching for Peeta"   1:27
16. "The Cave"   3:13
17. "Muttations"   4:45
18. "Tenuous Winners/Returning Home"   3:25
Jumlah masa:
42:16

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games_(filem) http://www.allmusic.com/album/the-hunger-games-ori... http://boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/news/?id=3401&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3406&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3412&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3461&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3420&p=.htm