Plot The_Hunger_Games_(filem)

Sebagai hukuman terhadap pemberontakan masa lalu, setiap dua belas daerah Panem dipaksa oleh Capitol untuk menghantar dua tribute setiap tahun, seorang lelaki dan seorang perempuan diantara umur 12 dan 18 tahun untuk menyertai Hunger Games. Di Daerah 12, Katniss Everdeen menawarkan diri untuk menggantikan adiknya, Primrose yang pada awalnya dipilih. Dia dan tribute lelaki, Peeta Mellark dibawa ke Capitol oleh Effie Trinket dan mentor mereka, Haymitch Abernathy, bekas pemenang dari Daerah 12 dan seorang kaki arak. Haymitch memberitahu mereka betapa pentingnya untuk mendapat penaja kerana mereka boleh memberi hadiah makanan dan bekalan semasa Permainan. Semasa beberapa siri temubual, Peeta secara terbuka menyatakan cintanya terhadap Katniss, dimana pada mulanya adalah sebagai usaha untuk mendapatkan penaja untuk dirinya sendiri tetapi kemudiannya mempelajari bahawa ia mungkin boleh membantu Katniss. Semasa berlatih, Katniss memerhati Careers, Marvel, Glimmer, Cato dan Clove, tribute-tribute dari Daerah 1 dan 2 yang telah berlatih untuk Permainan ini sejak usia muda.

Ketika permulaan Permainan, Katniss mengabaikan nasihat Haymitch dan mengambil bekalan di sekitar Cornucopia yang dipenuhi dengan makanan, senjata dan bekalan lain di mana para peserta bermula dan sempat melarikan diri daripada dibunuh. Ramai tribute terbunuh ketika pertempuran awal dan hanya sebelas yang masih hidup pada hari pertama. Katniss cuba untuk menjauhi tribute lain sejauh mungkin tetapi Ketua Game maker, Seneca Crane mencetuskan kebakaran hutan untuk membawanya kembali kepada yang lain. Dia terserempak dengan Careers yang bersama Peeta dan melarikan diri ke atas pokok. Kumpulan Career gagal untuk membunuhnya dan Peeta menasihatkan mereka untuk menunggu sehingga dia turun.

Dia terlihat Rue, tribute perempuan dari Daerah 11 yang bersembunyi di atas pokok bersebalahan. Rue menunjukkan kepadanya sarang tracker jackers yang beracun, tebuan yang diubahsuai secara genetik yang boleh menyebabkan halusinasi dan mati. Katniss menjatuhkan ia ke atas Careers yang sedang tidur, berjaya membunuh Glimmer dan memaksa yang lain untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia juga disengat dan mula berhalusinasi akibat racun. Peeta memekik kepadanya untuk melarikan diri. Rue membantu Katniss pulih daripada racun itu. Mereka kemudiannya menjadi rakan dan sekutu. Katniss merangka rancangan untuk memusnahkan bekalan yang disorok oleh Careers. Selepas Katniss berjaya, Marvel menjumpai mereka dan membunuh Rue menggunakan lembing. Katniss kemudiannya membunuh Marvel dengan memanah jantungnya. Katniss memenangkan Rue; selepas dia mati, Katniss yang bersedih meletakkan bunga di sekeliling badannya. Rakyat Daerah 11 melihat dan kemudiannya merusuh. Presiden Snow memberi amaran kepada Crane bahawa Permainan ini tidak beralih dengan baik.

Haymitch memujuk Crane untuk mengubah peraturan yang membenarkan dua pemenang jika mereka dari daerah yang sama, beranggapan bahawa ini dapat menenangkan konflik. Apabila perubahan ini diumumkan, Katniss mencari Peeta dan menjumpainya cedera teruk selepas melarikan diri dari Careers. Selepas Katniss memindahkannya ke tempat selamat, mereka mendengar pengumuman bahawa apa yang diperlukan oleh yang masih hidup akan disediakan di Cornucopia. Walaupun dibantah oleh Peeta, Katniss pergi untuk mendapatkan ubat untuknya. Clove menyerang dan menjatuhkan Katniss; dia kemudiannya bercakap besar tentang peranannya dalam kematian Rue. Katniss terselamat apabila Thresh, tribute lelaki Daerah 11 membunuh Clove. Dia membiarkan Katniss hidup untuk kali itu sahaja demi Rue. Ubat itu berjaya menyembuhkan Peeta.

Thresh dibunuh oleh binatang buas yang dilepaskan oleh Crane; Katniss dan Peeta berlari ke arah bumbung Cornucopia daripada binatang buas itu. Di sana, mereka menjumpai Cato. Selepas pertempuran yang sengit, Peeta berjaya menolak Cato jatuh ke tanah dimana binatang-binatang itu menyerangnya. Katniss kemudiannya mengakhiri penderitaan Cato dengan memanahnya.

Katniss dan Peeta menyangka mereka telah menang tetapi Crane membatalkan perubahan peraturan dimana hanya boleh terdapat seorang pemenang. Katniss kemudiannya meyakinkan Peeta untuk memakan Nightlock yang beracun dengannya. Sebelum mereka berbuat begitu, mereka dinamakan sebagai pemenang Hunger Games ke-74.

Haymitch memberi amaran kepada Katniss bahawa dia telah membuat banyak musuh dengan perbuatan itu. Snow mengunci Crane di dalam sebuah bilik dimana satu-satunya sumber makanan adalah nightlock. Katniss dan Peeta kembali ke Daerah 12 dan Snow merenung situasi itu. Katniss menggalakkan Peeta untuk melupakan apa yang berlaku di antara mereka dalam Permainan itu.

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games_(filem) http://www.allmusic.com/album/the-hunger-games-ori... http://boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/news/?id=3401&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3406&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3412&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3461&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3420&p=.htm