Sekuel The_Hunger_Games_(filem)

Pada 8 Ogos 2011, semasa masih menjalani penggambaran filem ini, Lionsgate mengumumkan bahawa adaptasi filem novel kedua dalam trilogiThe Hunger Games, The Hunger Games: Catching Fire dijadual ditayangkan pada 22 November 2013.[64] Pada bulan November 2011, Lionsgate memasuki rundingan bersama penulis lakon layar, Simon Beaufoy untuk mengadaptasi novel kepada filem.[65] The Hunger Games: Catching Fire began production in the summer of 2012.[66] Gary Ross tidak kembali untuk Catching Fire, sebaliknya Francis Lawrence mengarah filem ini.[67][68][69][70] Pada 6 Mei 2012, ia telah dilaporkan bahawa Michael Arndt berada dalam perbincangan untuk menulis semula skrip Catching Fire.[71] Arndt secara ramsi menyertai sebagai penulis skrip baru pada 24 Mei 2012.[72] The Hunger Games: Catching Fire mula menjalani penggambaran pada 10 September 2012 dan selesai pada 21 Disember 2012;[73] ia dibuka di London pada 11 November 2013,[74] sebelum ditayangkan di Amerika Syarikat pada 22 November 2013.

Pada bulan Julai 2012, tarikh tayangan telah disahkan untuk dua filem berdasarkan buku terakhir, Mockingjay. The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015.[75] Lawrence, Hutcherson, Hemsworth dan Harrelson ditandantangani untuk keseluruhan francais.[3][76]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games_(filem) http://www.allmusic.com/album/the-hunger-games-ori... http://boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/news/?id=3401&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3406&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3412&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3461&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3420&p=.htm