The_Hunger_Games:_Catching_Fire
The_Hunger_Games:_Catching_Fire

The_Hunger_Games:_Catching_Fire

The Hunger Games: Catching Fire ialah sebuah filem sains fiksyen distopia Amerika Syarikat 2013 berdasarkan novel Suzanne Collins, Catching Fire (2009), siri kedua dalam trilogi The Hunger Games. Filem ini merupakan sekuel kepada The Hunger Games (2012) dan merupakan filem kedua dalam siri filem The Hunger Games, diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik serta diedarkan oleh Lionsgate. Francis Lawrence mengarah filem ini dengan lakon layar oleh Simon Beaufoy dan Michael Arndt. Menambah kepada barisan pelakon sedia ada, barisan pelakon pembantu diisi oleh Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Jena Malone, Sam Claflin, Lynn Cohen, Amanda Plummer, Alan Ritchson dan Meta Golding. Penggambaran bermula pada 10 September 2012 di Atlanta, Georgia sebelum berpindah ke Hawaii. Plot Catching Fire mengambil tempat beberapa bulan selepas filem sebelumnya; Katniss Everdeen dan Peeta Mellark telah kembali ke rumah dengan selamat selepas memenangi Hunger Games ke-74. Sepanjang cerita, Katniss dapat merasai bahawa pemberontakan terhadap Capitol sedang meningkat di seluruh daerah.The Hunger Games: Catching Fire ditayangkan pada 15 November 2013 di Brazil; 20 November di Finland, Sweden dan Norway; 21 November di United Kingdom dan 22 November di Amerika Syarikat. Filem ini mengutip $865 juta di seluruh dunia dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi dalam siri The Hunger Games. Filem ini disusuli dengan sekuel dua bahagian The Hunger Games: Mockingjay: Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 di Amerika Syarikat dan Part 2 pada 20 November 2015. Catching Fire menerima ulasan positif dan secara meluas dianggap oleh pengkritik sebagai peningkatan berbanding filem sebelumnya; pujian juga diberikan kepada lakonan Lawrence sebagai Katniss. Ia merupakan filem yang menerima pujian paling meluas dalam siri The Hunger Games menurut laman web Rotten Tomatoes. Filem ini juga menerima banyak pencalonan anugerah.

The_Hunger_Games:_Catching_Fire

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Catching Fire oleh
Suzanne Collins
Lakon layar oleh
  • Simon Beaufoy
  • Michael deBruyn
Muzik oleh James Newton Howard
Disunting oleh Alan Edward Bell
Pengarah Francis Lawrence
Penerbit
  • Nina Jacobson
  • Jon Kilik
Pecah panggung $865 juta[2]
Mula ditayangkan
  • 11 November 2013 
    (London)
  • 22 November 2013 
    (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Color Force
Sinematografi Jo Willems
Tempoh tayangan 146 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Lionsgate Films (US/UK) StudioCanal (Jerman) Universal Studios (Itali)
Perbelanjaan $130–140 juta[2][3][4]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Catching_Fire http://www.amctheatres.com/movie-news/2012/07/phil... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=catchingfi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.catchingfiremovie.com/ http://m.coldplay.com/newsdetail.php?id=1307&page=... http://www.coldplaying.com/coldplay-co-wrote-were-... http://collider.com/bryan-singer-x-men-first-class... http://www.deadline.com/2012/04/lionsgate-getting-...