Plot The_Hunger_Games:_Catching_Fire

Selepas memenangi Hunger Games ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark kembali ke Daerah 12. Presiden Snow melawat Katniss di rumahnya. Kedua-dua mereka membuat perjanjian untuk tidak menipu satu sama lain dan Snow menjelaskan bahawa tindakannya dalam Permainan itu telah merangsang pemberontakan di seluruh daerah. Dia menyuruh Katniss untuk menggunakan lawatan pemenang akan datang untuk meyakinkannya bahawa tindakannya dalam Permainan itu adalah kerana perasaan cinta sebenar terhadap Peeta dan bukannya sebagai satu tentangan terhadap Capitol. Jika tidak, orang yang disayangi Katniss akan dibunuh. Snow menujukkannya klip dimana Gale menciumnya sebagai satu amaran bahawa mereka sedang memerhatinya.

Ketika lawatan bermula, Haymitch Abernathy, mentor Katniss dan Peeta memberi amaran kepada mereka bahawa "lakonan" hubungan mereka mesti berterusan sepanjang hayat mereka. Katniss mencadangkan pertunangan terbuka diantara dirinya dan Peeta yang berlangsung di rumah agam Snow di Capitol.

Kembali di rumah, Katniss memberi amaran kepada Gale Hawthorne tentang ancaman Snow untuk membunuh kedua-dua keluarga mereka. Penjaga keamanan melumpuhkan Daerah 12 dan Gale disebat di tempat awam selepas menyerang Ketua Penjaga Keamanan baru, Romulus Thread yang bertindak menendang salah seorang wanita tua di Daerah 12 tersebut. Snow mengumumkan bahawa Hunger Games ke-75 akan datang, Quarter Quell ketiga akan menampilkan tribute-tribute yang dipilih daripada pemenang sebelumnya. Katniss segera menumpukan dirinya untuk memastikan Peeta selamat dan merekrut bantuan Haymitch untuk berbuat demikian. Ketika pemilihan, Effie Trinket mencabut nama Katniss dan Haymitch tetapi Peeta dengan segera menawarkan diri untuk menggantikan Haymitch.

Ketika membuat persediaan, Haymitch mendedahkan bahawa kesemua tribute marah kerana dikembalikan dalam Permainan itu dan menasihatkan Katniss untuk membuat sekutu. Dalam temubual sebelum Permainan, Katniss memakai gaun pengantin seperti yang diarahkan oleh Presiden Snow tetapi jurugayanya, Cinna mengubah suainya menjadi mockingjay. Peeta mengumumkan bahawa dia dan Katniss secara rahsianya telah berkahwin dan menjangkakan kelahiran bayi, menyebabkan kemarahan dan penonton Capitol mula menjerit meminta Permainan ini dihentikan tetapi tidak berjaya. Sebelum Katniss memasuki arena, Cinna dipukul dengan teruk sehingga mati oleh Penjaga Keamanan sebagai hukuman terhadap pakaian yang diubah suai itu dan mengheretnya dihadapan Katniss yang hanya boleh melihat tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Di dalam Permainan, Katniss bersekutu dengan Finnick Odair dan Mags dari Daerah 4. Peeta terlanggar medan daya menyebabkan jantungnya berhenti berdegup sebelum diselamatkan oleh Finnick. Seharian mereka kehausan, tak lama kemudian bantuan ( sejenis paip yang hanya diletakkan/dicucukkan pada pokok kemudiannya mengeluarkan air yang bersih ) tiba daripada Haymitch. Finnick menawarkan diri untuk berjaga namun Katniss menolaknya kerana tidak percaya akan Finnick kemudiannya Katniss menawarkan diri untuk berjaga sepanjang malam. Ketika Katniss berjaga, dia terperasan akan kabut tanpa menyedari kabut itu beracun. Setelah terkena kabut itu, Katniss dan kumpulannya melarikan diri dan Mags mengorbankan dirinya untuk mengelakkan daripada memperlahankan mereka( kerana keadaan Mags yang tua perlu didukung oleh Finnick ). Ketika diserang oleh mandril, Peeta diselamatkan tribute dari Daerah 6 yang mengorbankan diri untuk menyelamatkannya. Kumpulan ini melarikan diri ke pantai dan terjumpa Tribute Daerah 3, Wiress dan Beetee serta Tribute Daerah 7, Johanna Mason. Wiress mendapati bahawa arena itu direka seperti sebuah jam dengan bahaya tetap setiap jam tetapi dibunuh tidak lama selepas itu oleh Cashmere dan Gloss dari Daerah 1. Mereka kemudiannya dibunuh oleh Johanna dan Katniss.

Beetee mencadangkan untuk menggunakan salah satu daripada bahaya itu, sebatang pokok yang dipanah kilat setiap 12 jam dan segulung wayar untuk merenjat tribute-tribute yang lain. Kumpulan itu berpecah untuk memasang perangkap tetapi ketika berseorangan, Johanna tiba-tiba memukul kepala Katniss dan mengeluarkan pengesan dari lengannya. Katniss kembali ke pokok itu dan menjumpai Beetee yang tidak sedarkan diri bersama wayar dari pokok terikat untuk dijadikan lembing sementara. Gagal untuk mencari Peeta, Katniss hampir menyerang Finnick tetapi Finnick mengingatkanya untuk ingat siapa musuh yang sebenarnya seperti yang dinasihatkan Haymitch sebelum Permainan. Katniss menyambung wayar di anak panah dan memanahnya ke arah medan daya ketika kilat menyambar, menyebabkan kegagalan kuasa yang menjatuhkan medan daya arena itu termasuk sistem pengawasan Capitol.

Katniss terjaga di dalam sebuah pesawat dan menjumpai Haymitch, Beetee, Finnick dan Plutarch Heavensbee, ketua Gamemaker yang didedahkan merupakan seorang pemberontak terhadap Snow. Dia memberitahunya mereka sedang menuju ke Daerah 13, ibu pejabat pemberontakan dan separuh daripada tribute mengetahui rancangan untuk melarikan diri bersama Katniss, yang menjadi simbol pemberontakan yang semakin meningkat. Mereka gagal untuk menyelamatkan Peeta dan Johanna. Katniss yang marah akan Haymitch kerana tidak menyelamatkan Peeta sebaliknya menyelamatkan dirinya disuntik ubat pelali selepas menyerang Haymitch. Dia terjaga dengan Gale disisinya yang meyakinkan Katniss bahawa keluarganya terselamat tetapi memberitahu bahawa Daerah 12 telah dimusnahkan oleh Capitol

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Catching_Fire http://www.amctheatres.com/movie-news/2012/07/phil... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=catchingfi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.catchingfiremovie.com/ http://m.coldplay.com/newsdetail.php?id=1307&page=... http://www.coldplaying.com/coldplay-co-wrote-were-... http://collider.com/bryan-singer-x-men-first-class... http://www.deadline.com/2012/04/lionsgate-getting-...