Pengeluaran The_Hunger_Games:_Catching_Fire

Pra-pengeluaran

Lionsgate mengumumkan bahawa adaptasi filem Catching Fire akan ditayangkan dengan nama The Hunger Games: Catching Fire pada 22 November 2013,[5] sebagai sekuel kepada adaptasi filem The Hunger Games dimana fotografi utama mengambil tempat pada bulan September 2012. Simon Beaufoy dilantik untuk menulis skrip filem ini dan menulis dua draf[6] sebelum meninggalkan projek ini selepas Gary Ross, pengarah The Hunger Games memutuskan untuk tidak mengarah filem sekuel. Tarikh penggambaran diselaraskan diantara Lionsgate and 20th Century Fox untuk membolehkan Jennifer Lawrence menjalani penggambaran X-Men: Days of Future Past pada bulan Januari 2013.[7]

Pada 10 April 2012, ia telah diumumkan bahawa Gary Ross, pengarah The Hunger Games tidak akan kembali kerana jadual ketat.[8] Bennett Miller, Joe Cornish, Francis Lawrence dan Juan Antonio Bayona dipertimbangkan untuk mengarah filem baru ini.[9] Pada 19 April 2012, ia telah diumumkan bahawa Francis Lawrence telah ditawarkan jawatan pengarah untuk filem ini. Menurut beberapa sumber, adaptasi ini perlu selesai penggambaran menjelang bulan Disember 2012 untuk memastikan jadual Jennifer Lawrence tidak terganggu.[10] Apabila X-Men: Days of Future Past kehilangan pengarah asal mereka[11] dan penggambaran untuk filem ini ditangguhkan sehingga bulan April 2013,[12] Jennifer Lawrence tidak lagi perlu menjalani penggambaran pada bulan Januari 2013 dan tarikh penggambaran untuk The Hunger Games: Catching Fire dipanjangkan sehingga bulan Mac (termasuk beberapa rehat kerana cuti perayaan dan musim anugerah).[13] Lionsgate secara rasminya mengumumkan Francis Lawrence sebagai pengarah Catching Fire pada 3 Mei 2012.[14] Dua hari kemudian, ia telah dilaporkan bahawa Michael Arndt (Toy Story 3, Little Miss Sunshine) berada dalam perbincangan untuk menulis semula skrip Catching Fire.[15] Pada 24 Mei 2012, filem ini dinamakan semula sebagai The Hunger Games: Catching Fire[16] dan Arndt telah disahkan sebagai penulis baru skrip.[17]

Pemilihan pelakon

Pada bulan Julai 2012, ia telah diumumkan bahawa Jena Malone akan melakonkan watak Johanna Mason,[18] Amanda Plummer sebagai Wiress dan Philip Seymour Hoffman sebagai Plutarch Heavensbee.[19] Pada bukan Ogos 2012, ia telah diumumkan Lynn Cohen telah dipilih untuk watak Mags.[20] Alan Ritchson telah dipilih untuk watak Gloss pada 9 Ogos,[21] Sam Claflin sebagai Finnick Odair pada 22 Ogos[22] dan Jeffrey Wright sebagai Beetee pada 7 September.[23]

Penggambaran

Lawrence, Hutcherson dan Hemsworth sekali lagi mewarnakan rambut mereka untuk filem ini. Lawrence kembali menjalani latihan memanah manakala pelakon pembantu menjalani latihan untuk babak arena.[24]

Produksi secara rasminya bermula pada 10 September 2012 dan penggambaran seleasi untuk beberapa pelakon pada 21 Disember 2012.[25] Selepas rehat Krismas, penggambaran disambung kembali selama dua minggu semasa pertengahan bulan Januari untuk beberapa pelakon utama[26] dan ditangguhkan seketika untuk musim anugerah. Fotografi utama bersambung kembali dan selesai pada bulan Mac 2013.[27] Penggambaran pada mulanya mengambil tempat di Atlanta, Georgia dan kemudiannya berpindah ke Hawaii untuk penggambaran babak arena.[28] Jennifer Lawrence mengesahkan bahawa beliau akan terbang ke Hawaii pada 25 Februari, sehari selepas beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-85 untuk penggambaran 9 hari terakhir bersama-sama Claflin dan Hutcherson.

Pada lewat bulan Mac, penggambaran mengambil tempat di Universal Studios.[29] Penggambaran semula dijadualkan pada 13 April di Atlanta. Penggambaran juga mengambil tempat di Goat Farm Arts Center.[30][31]

Francis Lawrence telah menganggarkan satu jam filem ini akan menumpukan babak arena.[32]

Kostum

Sarah Burton, pengarah kreatif di Alexander McQueen memberikan koleksi McQueen kepada pereka kostum, Trish Summerville.[33] Summerville bekerjasama dengan pereka Indonesia, Tex Saverio ketika mereka gaun pengantin Katniss untuk temubual Quarter Quell.[34]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Catching_Fire http://www.amctheatres.com/movie-news/2012/07/phil... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=catchingfi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.catchingfiremovie.com/ http://m.coldplay.com/newsdetail.php?id=1307&page=... http://www.coldplaying.com/coldplay-co-wrote-were-... http://collider.com/bryan-singer-x-men-first-class... http://www.deadline.com/2012/04/lionsgate-getting-...