Penerimaan The_Hunger_Games_(filem)

Penerimaan kritis

The Hunger Games menerima ulasan positif daripada pengkritik. Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 84% berdasarkan 275 ulasan dengan purata rating 7.2 daripada 10.[54] Di Metacritic, filem ini mendapatkan skor 68 daripada 100 berdasarkan ulasan daripada 49 pengkritik, menunjukkan "ulasan umumnya menggalakkan".[55] Ramai pengkritik memuji lakonan Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen serta barisan pelakon utama yang lain. Menurut The Hollywood Reporter, Lawrence mewujudkan Katniss seperti yang dibayangkan oleh pembaca novel". Beberapa pengkritik telah memberi filem ini ulasan yang menggalakkan berbanding adaptasi sains-fiksyen remaja yang lain seperti Harry Potter dan Twilight. Roger Ebert dari Chicago Sun-Times memberikan filem ini tiga bintang daripada empat, memuji filem ini sebagai "hiburan berkesan" serta lakonan Lawrence.[56]

Box office

The Hunger Games mengutip $408 juta di Amerika Utara dan $286.4 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $694.4 juta.[4] Di Amerika Utara, The Hunger Games merupakan filem dengan kutipan ke-14 tertinggi[57] dan filem dengan kutipan tertinggi diedarkan oleh Lionsgate.[58] Ia menduduki tempat pertama dalam box office Amerika Utara untuk empat minggu berturut-turut, menjadikan ia filem pertama sejak Avatar untuk melakar pencapaian ini to .[9][59][60] Pada 10 Jun 2012 (hari ke-80nya di teater), ia menjadi filem ke-14 untuk melepasi kutipan $400 juta.[61]

Di luar Amerika Utara, filem ini ini ditayangkan di kebanyakan negara semasa bulan Mac dan April 2012,[62] kecuali China dimana ia ditayangkan pada bulan Jun 2012.[63] Negara dengan kutipan tertinggi selepas Amerika Utara adalah United Kingdom ($37.3 juta), Australia ($31.1 juta) dan China ($27.0 juta).[62]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games_(filem) http://www.allmusic.com/album/the-hunger-games-ori... http://boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/news/?id=3401&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3406&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3412&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3461&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3420&p=.htm