Harry_Potter_(filem)

Siri filem Harry Potter merupakan satu koleksi filem yang diambil dari siri novel Harry Potter karangan penulis Inggeris iaitu J. K. Rowling. Empat filem yang telah dilancarkan setakat ini adalah antara siri filem yang mencapai keuntungan tertinggi sepanjang masa dengan penerimaan AS$3.5 bilion dari seluruh dunia yang. Pada tahun 2007, filem yang kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix, dijadualkan untuk dilancarkan ke pawagan di seluruh Malaysia pada 12 Julai 2007.Kumpulan Warner Bros. yang telah memegang hakcipta filem ni bakal menerbitkan dua lagi filem berasaskan novel Harry Potter and the Half-Blood Prince and Harry Potter and the Deathly Hallows.[1]Harry Potter and the Half-Blood Prince telahpun diberikan tarikh pelancarannya iaitu pada 21 November 2008, dan akan diarahkan oleh David Yates.[2] Walau bagaimanapun, Alan Horn, Presiden dan Ketua Pegawai Pengurusan Warner Bros. telah mengumumkan pada 15 Ogos 2008 bahawa filem tersebut akan dianjakkan setahun iaitu pelancarannya seluruh dunia pada 17 Julai 2009.[3]