Airi Suzuki (鈴木 愛理, Suzuki Airi, lahir
April 12,
1994 di
Gifu,
Jepun) merupakan seorang penyanyi pop dan pelakon, dan masih bersama kumpulan
°C-ute dan menyertai kumpulan tambahan yang dikenali sebagai
Buono!. Beliau merupakan anak perempuan kepada pemain golf profesional, Toru Suzuki.Kemunculan pertamanya ialah sebagai sebahagian daripada kumpulan 4Kids, yang merupakan kumpulan tambahan sementara yang turut serta menjayakan cerita Mini Moni iaitu Mini Moni ja Movie: Okashi na Daibōken!, di pasaran sejak 2003.Setelah beberapa lama kemudian,beliau menyertai
Aa! bersama-sama
Tanaka Reina daripada
Morning Musume, dan Natsuyaki Miyabi daripada Berryz Kobo. Satu-satunya single mereka yang terulung ialah FIRST KISS yang dipasarkan pada 29 October 2003. Sewaktu itu, beliau masih berumur 9 tahun, 6 bulan dan 17 hari, menjadikan beliau seorang penyanyi utama yang termuda dalam sejarah
Hello! Project.Pada 21 Julai,2007, diumumkan bahawa beliau akan menyertai unit tambahan bersama-sama
Tsugunaga Momoko dan
Miyabi Natsuyaki yang merupakan ahli kumpulan
Berryz Koubou dan unit baru ini dinamakan
Buono!.