Sveriges_Television

Sveriges Television AB (SVT,  Pronunciation (bantuan·maklumat)), Televisyen Sweden, ialah sebuah penyiar televisyen kebangsaan Sweden, yang dibiayai oleh yuran yang wajib dibayar oleh semua pemilik peti televisyen. Sistem penyiaran awam Sweden sedikit sebanyak berasaskan sistem di United Kingdom, oleh itu Sveriges Television banyak persamaannya dengan BBC.Sveriges Television ialah sebuah syarikat awam berhad yang dimiliki oleh sebuah yayasan bebas, iaitu Förvaltningsstiftelsen för Sveriges Radio AB. Ahli-ahli yayasan ini merupakan ahli-ahli politik yang dilantik oleh kerajaan. SVT dibiayai melalui yuran lesen khas yang diperuntukkan oleh Parlimen Sweden, dan juga cukai kerajaan am. Kerangka perundangan SVT adalah berlandaskan undang-undang Sweden dan lembaga dan pengerusinya dilantik oleh kerajaan Swedien. Sehingga berpisah pada tahun 1979, khidmat televisyen SVT berada di bawah Sveriges Radio, iaitu penyiar radio awam. Statusnya boleh disifatkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan separa berautonomi.Sveriges Television memonompoli penyiaran terestrial dalam negara sejak tahun 1956 sehingga penyiar swasta TV4 mula bersiaran pada tahun 1992. SVT masih dilarang dari menyiarkan iklan kecuali memaparkan penaja untuk acara sukan besar. SVT asalnya merupakan satu-satunya khidmat televisyen berbahasa Sweden untuk tontonan awam, sehinggalah saluran satelit TV3 dilancarkan pada tahun 1987. SVT masih merupakan rangkaian TV terbesar di Sweden, menikmati 36.4% dari jumlah penonton.

Sveriges_Television

Pemilik Förvaltningsstiftelsen för Sveriges Radio, Sveriges Television dan Sveriges Utbildningsradio
Nama lama Radiotjänst (1956–1957)
Sveriges Radio TV (1957–1979)
Laman sesawang www.svt.se
Slogan Fri Television ("Televisyen Percuma")
Ditubuhkan 1979
Orang penting Lars Engqvist (s), Pengerusi Lembaga
Eva Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif
Negara
Tarikh pelancaran 4 September 1956
Ketersediaan Seluruh negara
Saluran SVT1, SVT2, SVT24, SVTB, SVTK, SVT HD, SVT Play, SVT World, SVT UR dan 12 saluran daerah
Jenis Rangkaian televisyen terestrial