Media Sword_Art_Online

Novel ringan

Reki Kawahara menulis jilid pertama pada tahun 2001 bagi menyertai sebuah pertandingan ASCII Media Works Dengeki Game Novel Prize (電撃ゲーム小説大賞, Dengeki Game Shōsetsu Taishō), tetapi menarik diri kerana beliau telah menulis melebihi had halaman sebanyak beberapa helai. Sebaliknya, beliau menerbitkan sebuah novel web dengan nama samaran Fumio Kunori, menambah tiga episod lagi dan beberapa cerita pendek.[2] Pada tahun 2008, beliau menyertai sebuah pertandingan dengan menulis sebuah karya bertajuk Accel World dan berjaya memenangi 'Grand Prize'. Selain Accel World, beliau diminta untuk membuatkan karya sebelumnya, iaitu Sword Art Online diterbitkan oleh ASCII Media Works. Kawahara bersetuju dan menarik versi novel webnya. Ketika bekerja dengan ilustrator, abec, jilid pertama diterbitkan di media cetak pada 10 April 2009,[3] dan sebanyak 19 buah jilid telah diterbitkan sehingga 10 Februari 2017.[1] Sword Art Online telah menerima kejayaan komersial yang meluas, lebih 19 juta salinan dijual di seluruh dunia. [4]

Anime

Adaptasi siri anime Sword Art Online telah diumumkan semasa Festival Dengeki Bunko musim luruh tahun 2011, bersama-sama dengan siri novel ringan yang lain, Accel World. Siri anime tersebut dihasilkan oleh Aniplex dan A-1 Pictures, dengan Tomohiko Ito sebagai pengarah cerita dan muzik digubah oleh Yuki Kajiura.[5] Siri anime ditayangkan di saluran Tokyo MX bermula pada 7 Julai sehingga 22 Disember 2012.[6]

Episod istimewa akhir tahun iaitu, Sword Art Online: Extra Edition ditayangkan pada 31 Disember 2013. Episod khas mengimbas semula siri anime sebelumnya dan beberapa babak rakaman yang tidak pernah disiarkan. [7]

Beberapa bulan selepas tayangan Sword Art Online: Extra Edition, musim kedua yang bertajuk Sword Art Online II diumumkan. Musim kedua ini mula ditayangkan pada 5 Julai sehingga 20 Disember 2014..[8][9]

Filem animasi pertama siri ini bertajuk Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale dihasilkan oleh karya asal Reki Kawahara dan pengarah cerita Tomohiko Itō ditayangkan di Jepun dan Asia Tenggara pada 18 Februari 2017.[10][11][12]

Pada 1 Oktober 2017, semasa festival Dengeki Bunko di Tokyo pihak produksi menerusi laman sosial Twitter mengumumkan musim ketiga yang bertajuk "Sword Art Online: Alicization" dan cerita pendek "Sword Art Online Alternative - Gun Gale Online" bakal ditayangkan pada masa terdekat dan menghasilkan klip video promosi pertama.[13] Musim ketiga Sword Art Online mengekalkan pelakon suara pada musim yang lepas iaitu Yoshitsugu Matsuoka sebagai Kirito dan Haruka Tomatsu sebagai Asuna juga tambahan dua pelakon suara baru iaitu Nobunaga Shimazaki sebagai Eugeo dan Ai Kayano sebagai Alice juga melakonkan suara dalam permainan video Sword Art Online.

Muzik

Muzik telah diterbitkan berdasarkan lagu-lagu yang ditayangkan dalam siri ini.

Sword Art Online

Lagu pembukaan
  • crossing field dinyanyikan oleh LiSA (Episod 2-14)
  • INNOCENCE dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 15-25)
Lagu penutup
  • Yume Sekai (ユメセカイ) dinyanyikan oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Episod 2-14)
  • Overfly dinyanyikan oleh Luna Haruna (Episod 15-24)

Sword Art Online: Extra Edition

Lagu penutup
  • Niji no Oto (虹の音) dinyanyikan oleh Eir Aoi

Sword Art Online II

Lagu pembukaan
  • IGNITE dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 2-13, 14.5)
  • courage dinyanyikan oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Arca Calibur Episod 15-17; Arca Mother's Rosario Episod 18-23)
Lagu penutup
  • Startear dinyanyikan oleh Luna Haruna (Episod 2-14.5)
  • No More Time Machine dinyanyikan oleh LiSA (Arca Calibur Episod 15-17)
  • Shirushi (シルシ) dinyanyikan oleh LiSA (Arca Mother's Rosario Episod 18-24)
Sisipan lagu
  • Separate Ways (セパレイト・ウェイズ, Separeito Ueizu) oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Arca Mother's Rosario Episod 24)

Sword Art Online: Alicization

Lagu pembukaan
  • ADAMAS dinyanyikan oleh LiSA (Episod 2-kini)
Lagu penutup
  • Iris (アイリス) dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 2-kini)

Permainan video

Sebuah acara panggung di Dengeki Bunko Autumn Festival 2011 mengumumkan bahawa novel ringan Sword Art Online dan Accel World karya Reki Kawahara bakal mendapat adaptasi permainan video sulungnya.[14] Adaptasi pertama siri Sword Art Online bertajuk Sword Art Online: Infinity Moment (ソードアート・オンライン -インフィニティ・モーメント-, Sōdo Āto Onrain: Infiniti Mōmento), telah dibangunkan oleh Bandai Namco Games untuk pelantar PlayStation Portable.[15] Permainan berikut mengikut jalan cerita alternatif, di mana berlaku gangguan yang menyebabkan Kirito dan pemain lain untuk kekal dalam Sword Art Online walaupun berjaya menewaskan Heathcliff, dan pemain daripada VMMORPG lain seperti Leafa dan Sinon telah disedut ke dalam permainan itu secara tiba-tiba.[16] Permainan ini telah dikeluarkan dalam kedua-dua set kotak edisi biasa dan terhad pada 14 Mac 2013.[17]

Permainan video keduanya bertajuk Sword Art Online: Hollow Fragment (ソードアート・オンライン -ホロウ・フラグメント-, Sōdo Āto Onrain: Horō Furagumento) untuk pelantar permainan PlayStation Vita dikeluarkan pada 24 April 2014.[18][19] Sword Art Online: Hollow Fragment menggunakan jalan cerita alternatif yang sama seperti Sword Art Online: Moment Infinity, dan ia termasuk semua kandungan "Clearing Floor" daripada permainan sebelumnya [20] dan "Kawasan Hollow" baru di Aincrad yang belum diterokai.[21] Kirito akan menggunakan pedang bersama pemain misteri yang akan menjadi satu daripada watak utama dalam permainan. Permainan tersebut telah dijual sebanyak 145,029 salinan runcit fizikal dalam tempoh seminggu selepas dikeluarkan di Jepun, mendahului carta perisian jualan Jepun untuk minggu tersebut.[22] Permainan ini juga telah dikeluarkan di Taiwan oleh Namco Bandai Games Taiwan dengan sarikata bahasa Cina dan Inggeris.[23] Keluaran digital sahaja di Amerika Utara, Eropah dan Australia telah dikeluarkan pada bulan Ogos 2014.

Permainan video ketiga yang bertajuk Sword Art Online: Lost Song (ソードアート・オンライン -ロスト・ソング-, Sōdo Āto Onrain -Rosuto Songu-) dikeluarkan pada 26 Mac 2015 dibangunkan oleh Artdink dan Bandai Namco Games untuk pelantar PlayStation 3 dan Vita. Versi bahasa Inggeris dikeluarkan di Asia. Pada bulan Oktober 2014, pembangun permainan mengumumkan bahawa permainan ini bahawa permainan ini ialah RPG tindakan dunia terbuka yang menampilkan jalan cerita asal, dalam permainan maya ALfheim Online, di mana watak-watak mampu terbang. Permainan ini telah dijual sebanyak 139,298 salinan runcit fizikal untuk PlayStation Vita dan sebanyak 55,090 unit lagi untuk PlayStation 3 dalam minggu pertama keluaran di Jepun, kedudukan tempat kedua dan keenam masing-masing dalam carta jualan perisian Jepun untuk minggu tersebut.

Permainan video keempat bertajuk Sword Art Online: Hollow Realization (ソードアート・オンライン -ホロウ・リアリゼーション-, Sōdoāto Onrain - Horō Riarizēshon -) dikeluarkan di Jepun pada 27 Oktober 2016 untuk pelantar PlayStation 4 dan Vita.

Permainan rangkaian sosial bertajuk Sword Art Online: End World dikeluarkan untuk telefon bimbit dan telefon pintar di Jepun pada 28 Februari 2012. Sebanyak sejuta orang pengguna telah mendaftarkan diri. Permainan video freemium Android dan iOS pertama iaitu Sword Art Online: Code Register telah dikeluarkan pada 2014. Satu lagi permainan yang dipanggil Sword Art Online: Progress Link direka untuk pelantar permainan pelayar Mobage pada telefon pintar telah dikeluarkan pada 10 Februari 2015.

Kirito, Asuna, Leafa, Yuuki dan protagonis SAO Alternative: Gun Gale Online, LLENN didapati dalam Dengeki Bunko: Fighting Climax, sebuah permainan pertempuran oleh Sega yang menampilkan pelbagai watak daripada karya yang diterbitkan di bawah cetakan Dengeki Bunko. Sebuah permainan pelayar bertajuk Sword Art Quest dan permainan telefon pintar sekuelnya, Sword Art Quest II memberikan cabaran kepada pengguna untuk menaik taraf watak-watak mereka untuk menerima ganjaran. Terdapat juga permainan Android berbayar bertajuk SAO -Log Out- yang boleh dimuat turun pengguna untuk bermain dengan watak-watak daripada siri ini dan mendapatkan kertas hias dinding daripadanya.

Permainan video Sword Art Online: Memory Defrag telah dikeluarkan di Jepun pada Ogos 2016 dan di luar Jepun pada 24 Januari 2017. Permainan RPG ini tersedia pada peranti iOS dan Android. Permainan ini juga memuat naik perkembangan terkini siri anime dan filem siri ini. Menampilkan kandungan dari siri anime, filem Ordinal Scale, dan beberapa acara cerita pendek asal yang ditulis untuk watak-watak, pemain boleh bermain secara solo dan melengkapkan semua cerita, atau bergabung dengan rakan-rakan lain dalam talian untuk mengumpul barang, peralatan dan bahan khas. Acara umum termasuk menduduki peringkat cabaran terhadap pemain lain, selesaikan semua tingkat, pengenalan watak dan acara bermusim. Pemain mempunyai pilihan untuk menggunakan wang sebenar untuk mempercepat kemajuan permainan.

Sebuah permainan dalam talian berbilang pemain realiti maya secara besar-besaran adalah dalam pembangunan oleh Kadokawa dan IBM Jepun, tetapi hanyalah sebuah demo dan tidak akan dikeluarkan sebagai permainan penuh. Permainan bertajuk Accel World VS Sword Art Online: Millennium Twilight mula diumumkan pada Oktober 2016, dikeluarkan pada Mac 2017 untuk pelantar PlayStation 4 dan Vita dan versi komputer dikeluarkan pada 17 September 2017 boleh muat turun melalui laman web Steam melalui bayaran yang ditetapkan [24].

Permainan video akan datang yang bertajuk Sword Art Online: Fatal Bullet (ソードアート・オンライン -フェイタル・バレット-, Sōdoāto Onrain - Feitaru Baretto -) bertemakan Gun Gale Online akan dikeluarkan pada 2018 dibangunkan oleh Bandai Namco Entertainment untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One dan komputer Windows.

Rujukan

WikiPedia: Sword_Art_Online http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2016-... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2011-10-0... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2012-03-3... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-10-26/sw... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-08-12/sw... http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-05-17/an... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-10-04/sw... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-03-13/sw... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2013/12/31/s... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2017/09/30-1...