Syamsul_Yusof
Syamsul_Yusof

Syamsul_Yusof

Mohd Syamsul Mohd Yusof (lahir 21 Mei 1984) ialah seorang pelakon, pengarah dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang menerusi beberapa filem pecah panggung dan digelar The Twenty Million Man.[1] Sehingga 2018, sebanyak 10 filem arahan beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 54.36 juta, filem-filem arahannya seperti Evolusi KL Drift (2008), KL Gangster dan Aku Bukan Tomboy (2011) menjadi kejayaan komersial dan mendapat sambutan yang menggalakkan, tawaran berlakon drama TV juga tetap diperolehinya, antara drama lakonannya ialah Cik Ah Cik Nin (2009), Ameera (2012) dan Gerak Khas (2015–2018).[2]Sebagai penyanyi, beliau telah mengeluarkan tiga single kolaborasinya bersama Mawi - "Kalah Dalam Menang" yang merupakan lagu tema filem Munafik arahannya, lagu "Bukan Propaganda" yang menjadi lagu tema filem Desolasi lakonannya, serta "Menangislah" yang menjadi lagu tema filem Munafik 2 arahannya. Beliau juga dilantik sebagai duta jenama motosikal, SYM Motors bersama peman bola sepak, Safee Sali. Syamsul telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjaya lakonan dan sinematografi, termasuk Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pengarah Terbaik, Anugerah Skrin ke-10 bagi Lakon Layar Terbaik, Anugerah Blokbuster 2012 bagi Tuan Direktor Terhebat dan Festival Filem Asia Pasifik ke-57 bagi Pengarah Terbaik.[3][4][5] Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon Malaysia yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[6]

Syamsul_Yusof

Anak 2
Pasangan Puteri Sarah Liyana (k. 2014)
Instrumen Vokal
Kelahiran Mohd Syamsul bin Mohd Yusof
(1984-05-21) 21 Mei 1984 (umur 35)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pengkarya berkait Dr. Anwar Fazal, James Baum, Mawi, Black Hanifah
Kediaman Taman Melawati, Shah Alam, Selangor
Saudara Sabrina Ali (sepupu)
Rizal Ashreff (sepupu)
Ibu bapa
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, model, penulis skrip, pengarah, penerbit
Tahun aktif 1998–kini
Genre Hip hop, R&B, Nasyid
Pendidikan Penyiaran dan Kewartawanan
Keluarga Syafiq Yusof (adik)
Faizal Yusof (abang tiri)
Nursyamin Yusof (adik)
Pusat pendidikan Akademi TV3 (kini Institut Media Integratif Malaysia)

Rujukan

WikiPedia: Syamsul_Yusof http://www.cinemaonline.asia/brunei/news/Article.a... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/puteri-sarah... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/syamsul-yuso... http://www.agendadaily.com/Hiburan/pengarah-filem-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kejayaan-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/syamsul-y... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/syamsul-y... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.budiey.com/filem-desolasi/ http://www.budiey.com/gerak-khas-musim-baharu-2015...