Bendera-bendera Syarikat_Hindia_Timur_Inggeris

  • Downman (1685)
  • Lens (1700)
  • Rees (1820)
  • Laurie (1842)

Syarikat ini telah mempunyai lima bendera yang berbeza sepanjang hayatnya. Dari 1600 ke 1707, (sebelum Akta Kesatuan yang menyatukan England dan Scotland), corak bendara syarikat terdiri daripada palang St George dikantonnya dengan belang merah dan putih memenuhi kawasan di luar kanton. Selepas 1707, kantonnya diisi dengan Bendera Kesatuan yang terbentuk daripada penyatuan palang St George dengan St Andrew. Pada 1800, Akta Kesatuab menyaksikan Ireland menyertai United Kingdom. Dengan kemasukan Ireland, Bendera Kesatuan berubah dan ini menyebabkan kanton bendara syarikat digubah untuk diisi dengan palang St Patrick. Terdapat ketidakpastian tentang jumlah jalur yang terdapat di dalam bendara syarikat. Laporan-laporan dan lukisan-lukisan sejarah mencadangkan terdapat di antara sembilan dan 13 jalur. Ada di antara dokumen-dokumen ini menyatakan bawah jalur teratas berwarna merah dan ada pula yang mengatakan sebaliknya.

Semasa Revolusi Amerika, bendera syarikat menyerupai bendara Grand Union. Bendara Amerika Syarikat mungkin berasal daripada bendara syarikat ini. Sir Charles Fawcett telah mencadangkan kemungkinan itu pada tahun 1937.[1]

Perbandingan di antara bintang dan jalur dengan bendara syarikat dari rekod sejarah memberikan bukti-bukit yang kukuh. Bendera syarikat yang diberi nama bendera Syarikat John mula digunapakai pada 1600-an. Amerika Syarikat pula hanya mula mengibarkan Bintang dan Jalur pada tahun 1777.

Rujukan

WikiPedia: Syarikat_Hindia_Timur_Inggeris http://history1800s.about.com/od/thebritishempire/... http://www.amazon.com/dp/1843833034 http://www.crwflags.com/fotw/flags/gb-eic2.html http://www.eastindiaclub.com http://www.fathom.com/course/21701760/index.html //scholar.google.com/scholar?q=%22Syarikat+Hindia+... //www.google.com/search?&q=%22Syarikat+Hindia+Timu... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Syari... //www.google.com/search?q=%22Syarikat+Hindia+Timur... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Syarikat+Hi...