Sejarah Sydney

Rencana utama: Sejarah Sydney

Sejarah data sidney dan daerah sekitar Pelabuhan Sydney sudah dimukimi oleh para penduduk Orang Asli dari suku Eora dan Cadigal selama 40,000 tahun [7]. Akibat dari pembandaran, kebanyakan sisa peninggalan suku tersebut sudah hilang.

Orang Eropah mulai tertarik dengan daerah ini, khususnya Botany Bay, pada 1770 setelah penjelajahan James Cook. Atas izin Pemerintah British, Arthur Phillip datang ke Botany Bay dengan para pendatang pertama. Kerana daerah Botany Bay dirasa kurang sesuai, maka mereka pindah ke Sydney Cove di Pelabuhan Jackson.

Perburuan emas dialami Sydney pertama kali pada 1851 dan para pendatang dari Eropah berdatangan untuk memulakan hidup baru yang lebih baik di Sydney. Taraf hidup yang meningkat setelah pengindustrian juga menarik berbagai pendatang dari Eropah dan kebelakangan ini dari Asia.

Penduduk Sydney sekarang kebanyakan adalah dari England dan Ireland namun kebelakangan ini banyak pendatang dari Lubnan, Greece, Itali dan Asia. Jumlah penduduk pun berkembang pesat dari 2,540 orang pada 1800 menjadi 1,039,000 pada 1925 dan terus tumbuh menjadi 4.2 juta orang pada 2005.