Syed_Jaafar_Albar

Tan Sri Syed Jaafar Albar (1914–1977) merupakan tokoh politik Malaysia berasal dari negeri Johor. Sebenarnya beliau dilahirkan di Sulawesi, Indonesia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO sejak 1952.Syed Jaafar Albar digelar 'ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew dari Singapura kerana kelantangan beliau memperjuangkan nasib orang Melayu khususnya di Singapura. Beliau dikritik hebat kerana tidak menerima konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan oleh parti PAP dan kemudian DAP.Syed Jaafar Albar disindir sebagai DKA iaitu 'Darah Keturunan Arab' dan sama statusnya dengan pendatang lain seperti Cina dan India di Malaysia, tidak layak mendapat taraf keistimewaan Melayu sebagaimana Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Pada 17 Januari 1958, ketika berumur 43 tahun, beliau dilantik sebagai pegawai kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Sebelum itu beliau telah menjadi Setiausaha Penerangan UMNO dari 1952 hingga 1958. Jawatan Setiausaha UMNO diisi oleh Ghafar Baba [1].