Syeikh_Junid_Thala

Syeikh Junid Thala [1], atau juga dikenali sebagai Haji Junid Tola Rangkuti[2], nama asal Simanonga (1897 - 10 Mac 1948), adalah salah seorang tokoh ulama nusantara yang terkemuka. Syeikh Juned menaja pengajian agama Islam di pondok Padang Rengas, Perak yang mengikuti aliran pembaharuan, iaitu pelajarnya bukan hanya ditumpukan kepada pengetahuan agama Islam sahaja tetapi juga meliputi pelajaran dan latihan kemahiran yang boleh dipergunakan untuk menampung keperluan hidup duniawi. Syeikh Juned dikebumikan di hadapan Madrasah Al-Junidiah di kampung kelahirannya di Tapanuli Selatan, Sumatra Utara. Bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tan Sri Datuk Asri Muda adalah menantu beliau.