Syuin
Syuin

Syuin

Syuin (朱印, Hiragana: しゅいん, Jawi: شيوءين) ialah cap merah yang diberi kepada penganut dan pelawat keramat-keramat Syinto dan kuil-kuil Buddha di Japan. Cap tersebut biasanya dikumpulkan dalam sejenis buku yang dipanggil syuinchō (朱印帳) yang boleh didapati di kuil-kuil Jepun.[1] Buku cap tersebut itu pula disimpan di dalam sebuah beg tali cerut kecil yang dipanggil kincaku-bukuro (巾着袋).Cap-cap yang digunakan dihasilkan oleh petugas-petugas kuil, seperti biku, sami atau kannusyi Syinto (pengurus kuil). Untuk hasilkan syuin, penulis mengecapkan satu atau banyak cap bersaiz besar, kemudian gunakan dakwat hitam untuk tulis nama kuil, lambang kuil, tarikh dan hari lawatan, dan maklumat-maklumat lain dalam kaligrafi.[2]Ada pelbagai teori bagi asal-usul syuin, namun teori yang paling kuat mengatakan ia merupakan sebuah penyata bagi sebuah sutra salinan. Sesetengah kuil tidak akan memberi syuin melainkan individu yang memohonnya memberikan satu sutra atau sejumlah wang, tetapi kebanyakan kuil kini mengecaj sedikit sebanyak untuk satu syuin. Ia biasanya berharga 300 yen,[3] dan ada yang mengecaj bayaran sebanyak 1000 yen.[4] Di Kuil Itsukusyima, ada sebuah tanda yang menyuruh individu untuk mencurahkan perasaan mereka.Syuinchō khas (dan kadangkala lembaran gantung) ada disediakan untuk orang-orang yang menunaikan ziarah seperti Penziarahan Kansai Kannon dan Penziarahan Syikoku. Penziarah Syikoku juga akan diberi syuin pada jubah putih yang mereka pakai.Beberapa kuil Jōdo Syinsyū tidak memberikan syuin. Ini disebabkan ada yang mengatakan bahawa penziarahan ke kuil adalah untuk penyucian rohani dan bukannya semata-mata untuk mengumpul cap.[5]

Berkaitan