TNB_Research
TNB_Research

TNB_Research

TNB Research Sdn. Bhd. merupakan cabang penyelidikan konglomerat tenaga elektrik Tenaga Nasional Berhad. TNB Research ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di dalam TNB dan seterusnya dinaik taraf menjadi anak syarikat pada 1993. Aktiviti utama syarikat ini termasuk penyelidikan tenaga elektrik dan alam sekitar. TNB Research menerima status syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kelayakan bagi kebanyakan insentif kerajaan.[1]Sebagai anak syarikat TNB, TNB Research aktif mengkomersialkan penyelidikan dan inovasi, dan memperluaskan nilai kepada sektor tenaga negara.[2][3] Syarikat ini juga terlibat dalam projek memulihara habi­tat dan kepelbagaian kelip-kelip.[4] Syarikat ini juga telah bekerjasama dengan dua syarikat lain untuk menjalankan sebuah kilang demonstrasi yang membersihkan dan menghilangkan kekotoran dari tandan buah kelapa kosong sawit (EFB) yang digunakan dalam pengeluaran pelet biomassa premium yang dihasilkan sebagai bahan bakar untuk penjanaan kuasa.[5]