TRAX_(rel_ringan)
TRAX_(rel_ringan)

TRAX_(rel_ringan)


Sebuah peta keseluruhan sistem rel Pihak Berkuasa Transit Utah pada bulan Ogos 2013Transit Express, atau TRAX, adalah sistem rel ringan di Lembah Salt Lake, Utah, Amerika Syarikat, yang berkhidmat di Bandar Raya Salt Lake dan subbandarrnya di seluruh Wilayah Salt Lake. Nama rasminya Transit Express [6] jarang digunakan. Sistem ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Transit Utah (UTA). Semua kereta api TRAX adalah berkuasa elektrik, menerima kuasa daripada talian atas.[7]TRAX mempunyai 50 stesen di tiga laluan. Laluan Biru menyediakan perkhidmatan dari Pusat Bandar Raya Salt Lake ke Draper . Laluan Merah menyediakan perkhidmatan dari Universiti Utah ke Komuniti Daybreak Jordan Selatan . Laluan Hijau menyediakan perkhidmatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Salt Lake ke Bandar West Valley . Semua stesen dan kereta api, trem dan hentian trem, dan semua laluan bas tetap TRAX dan FrontRunner UTA mematuhi Akta Orang Kurang Upaya Amerika (ADA) maka boleh diakses oleh mereka yang kurang upaya.[8] Papan tanda di stesen, di platform penumpang, dan di kereta api dan trem jelas menunjukkan pilihan kebolehcapaian. Tanjakan di platform penumpang dan bantuan daripada pemandu kereta api mungkin diperlukan untuk penaikan kerusi roda di kereta api Laluan Biru. Tanjakan-tanjakan ini tidak digunakan di laluan Merah atau Hijau. Selaras dengan Akta Udara Bersih Utah dan Ordinan UTA, "merokok adalah dilarang dalam kenderaan UTA serta hentian bas UTA, stesen TRAX, dan stesen FrontRunner".[9]

TRAX_(rel_ringan)

Pemilik Pihak Berkuasa Transit Utah (UTA)
Panjang sistem 44.8 mi (72.1 km)[5]
Kawasan perkhidmatan Lembah Salt Lake
Pengelektrikan 750 V AT, Talian atas
Jumlah stesen 50
Bil. penumpang tahunan 19,704,300[A 1]
Tolok landasan 4 kaki 8 1⁄2 in (1,435 mm) tolok piawai
Lokasi Wilayah Salt Lake, Utah, A.S.
Ibu pejabat 3600 South 700 West South Salt Lake, Utah 84119-4122[1]
Laman sesawang rideuta.com
Jenis transit Rel ringan
Peta sistem
Peta sistem


Sebuah peta keseluruhan sistem rel Pihak Berkuasa Transit Utah pada bulan Ogos 2013

Jumlah kenderaan 146 (total)[2]
Jumlah laluan/aliran 3
Pengendali UTA
Bil. penumpang harian 67,300[A 1]
Mula beroperasi 4 Disember 1999